Bab 2

ILM Bab 2



Damia berjalan seiring dengan sepupunya, Zaril Ikhwan dan dua orang anaknya,  Hazeril memegang erat tangan Damia manakala Zaril Ikhwan sedang mendukung Miazara.  Nia Atirah dan lelaki yang baru tiba dari Itali itu sedang berjalan di hadapan mereka sambil menolak troli yang membawa beg pakaian.  Nampaknya Nia Atirah sangat gembira dengan Maximo itu.  Wajahnya begitu berseri-seri ketika bercakap dengan Maximo.  Maximo juga kelihatan begitu gembira sekali.  Matanya tidak lepas-lepas memandang wajah Nia Atirah.  Malah wajahnya kelihatan seperti orang yang sudah terubat kerinduaan yang teramat sangat. 



Mulanya Damia bengang juga melihat gelagat mereka berdua.  Kemudian Damia memandang wajah sepupunya, Zaril Ikhwan.  Tidak ada sebarang tanda yang Zaril Ikhwan ada menyimpan perasaan cemburu melihat keabkraban Nia Atirah dan Maximo. 



Damia Zahra terfikir semula, kalau Zaril Ikhwan  tidak kisah melihat Nia Atirah dan Maximo begitu rapat sekali, mungkin sebab memang antara Nia Atirah dan Maximo tidak ada apa-apa hubungan lain kecuali hanya sebagai sahabat baik sahaja.   Kalau tidak mesti Zaril Ikhwan mengamuk sakan.  Damia tahu Zaril Ikhwan sangat-sangat mencintai Nia Atirah.  Sejak mereka balik tahun lepas,  Damia dapati Zaril Ikhwan sentiasa mengawasi Nia ATirah, seperti takut kehilangan Nia Atirah sekali lagi.    Damia selalu ternampak Zaril Ikhwan memerhatikan Nia Atirah ketika Nia Atirah tidak perasaan. 



“Sayang betul Abang Zaril pada Kak Nia.” Getus Damia sendirian.  Tidak boleh lepas pandang terus.  Perasaan iri timbul di hatinya.  Kalaulah dia dapat seseorang yang menyayanginya sedemikian rupa, alangkah bahagianya Damia Zahra.



Damia juga sebenarnya rasa Nia Atirah pun sangat mencintai Zaril Ikhwan. Cuma ketika itu dia rasa cemburu tengok Nia Atirah dan Maximo berjalan seiringan bersama.  Dia yang sepatutnya berjalan seiringan dengan Maximo.    Sebenarnyas dari pandangan Damia jelas dari mata  Nia Atirah  bersinar  dan di wajahnya tertera perasaan kasih sayangnya terhadap Zaril Ikhwan dan juga kasih sayangnya pada kedua anak-anaknya.

“So…. Should be no problem here…   “ Kata Damia dalam hatinya.  “Line clear… Kakak Nia tak ada apa-apa dengan dia tu…”  Damia rasa sangat memang ada peluang yang terbuka luas untuk dia untuk mendapatkan Maximo.    Damia rasa yakin sangat.  Mesti ada sebab kenapa dia di temukan dengan lelaki itu.  Mesti sudah tertulis untuk dirinya untuk memiliki lelaki itu. Kalau tidak mesti mereka tidak dipertemukan.  Kenapa Damia di takdirkan untuk diajak oleh Nia Atirah ke KLIA untuk menyambut Maximo.  Dan mesti juga sudah ditakdirkan dan sudah tertulis yang Maximo juga akan jatuh cinta dengan Damia Zahra sebagaimana dia jatuh cinta dengan Maximo.



“Tunggu dan lihat sahaja.”   Kata Damia dalam hatinya.



“Dz…. Pegang tangan Hazeril… jangan lepas dia.  Dia asyik hendak lompat sana sini.”   Tiba-tiba Nia Atirah toleh ke belakang lalu berpesan kepada Damia.  Damia menganggukkan kepalanya.   Nia Atirah  tersenyum kemudian terus berjalan dengan Maximo,  Damia tersenyum sambil membalas menganggokkan ke[alanya.  Dia terus memegang erat tangan Hazeril lalu  berjalan seiringan dengan Zaril Ikhwan, mengikut sahaja langkah Nia Atirah dan Maximo dari belakang.   Mereka berjalan menuju ke tempat letak kereta dan kemudian  Mereka akan terus membawa Maximo ke  apartment yang akan menjadi rumahnya selama Maximo bertugas di Malaysia.



******************************************8

“It’s beautiful.  Thank you for getting this nice apartment for me.”  Maximo mengucapkan terima kasih kepada Nia Atirah dan Zaril Ikhwan.   I think you also have put up a lot of effort in the apartment.  It looks so nice and comfortable.”



“Yes... we want you to be comfortable while you are staying here.”  Jawab Zaril.  All the work was done by Nia and also DZ.



“DZ?”

“Oh… sorry..Damia.. But we call her DZ..short for Damia Zahra.”  Kata Zaril Ikhwan sambil menarik tangan Damia Zahra. 

“Oh… I didn’t get her name just now..Sorry……Damia is a nice name…” 

Damia tersenyum lebar mendengar kata Maximo.    Maximo kemudiannya menoleh ke arah Nia Atirah.



“Thank you very-very much Nia… You are so kind...” Kata Maxximo dengan begitu ikhlas sekali.  Matanya yang kebiruan itu bersinar.  Kemudian dia pandang sekilas sahaja kemudian  senyum kepada Damia Zahra dan mengucapkan dengan ringkas “ Thank You...”



“Alah...mesti dia malu dengan aku...”   Kata Damia Zahra, tidak mahu ambil hati yang Maximo tidak pandang wajahnya yang ayu dengan betul-betul, hanya sekilas pandang sahaja kemudian dia cakap terima kasih pun macam malu-malu sahaja, bukan macam dia bercakap dengan NIa Atirah.  Bukan macam cara Maximo pandang Nia Atirah.  Seperti dia mahu pandang  Nia Atirah sepuas-puasnya.  Hendak serap wajah Nia puas-puas  dalam hatinya supaya boleh jadi kenangan bila dia balik ke Itali nanti.  Pada hal kalau hendak dibandingkan antara Nia Atirah dan Damia Zahra, Damia Zahra jauh lebih cantik dan Ayu.    Kenapa Maximo macam tidak perasaan pun akan kecantikan Damia Zahra.  Kenapa dia hanya nampak Nia Atirah.



  “Ah... tak pe..nanti bila dia sudah biasa dengan aku, mesti dia akan pandang muka aku betul-betul.  Maximo pemalu orangnya.  Dia cuma peramah dengan orang yang dia sudah biasa.”  Tidak ada sesiapa hendak memujuk hatinya,  Damia pujuk dirinya sendiri.  Dia seorang remaja yang sangat yakin dengan dirinya dan kecantikan dirinya.



Mereka semua  terutama sekali Maximo tidak tahu apa yang bermain di fikiran Damia.  Maximo sedang memeriksa bilik-bilik tidur yang terdapat di dalam apartment tersebut.  Ada tiga bilik semuanya.  Satu master bedroom yang besar dan dua bilik lagi yang lebih kecil sedikit.  Ada bilik air di dalam master bedroom manakala dua bilik lagi berkongsi bilik air.



“This is your room.”  Kata Nia Atirah, menunjukkan master bedroom kepada Maximo.

“Nice... !”  Seru Maximo sambil tersenyum lebar.  Dia suka dengan bilik tidurnya.  Malahan dia suka dengan keseluruhan kawasan apartment Sri Maya.  Dia tahu mereka sengaja pilih tempat ini untuk disesuaikan dengan Maximo. Ada rama orang asing atau expatriate yang bekerja di Kuala Lumpur tinggal di sini. Dalam perjalanan menaiki lif tadi pun Maximo dapat ramai bangsa asing yang tinggal di sini.



“Nice Huh?  You like it?”  Soal Nia Atirah.



“Yes… But .. The other rooms are nice too.  Maybe when other researchers came for a short time, they can stay here.”  Kata Maximo.



“That was the intention.  And also the intention is to make you feel just at home.”  Sahut Nia Atirah.  Zaril Ikhwan hanya tersenyum.  Nia Atirah begitu teruja sekali sejak dia beritahu, tiba giliran Maximo untuk bertugas di Malaysia.  Pegawai coordinator yang lal akan pulang setelah lebih setahun bertugas di Malaysia.   Sejak dulu lagi Nia Atira berharap sangat Maximo akan datang bertugas di Malaysia.  Tetapi pegawsai lain yang lebih senior yang terpilih.  Lagipun masa itu Maximo masih baru bekerja ketika itu.  Kini dia sudah naik pangkat di tempat kerja.   Malahan Zaril Ikhwan dapati kini Maximo bertutur Bahsa Inggeris dengan lebih fasih dan lancar berbanding dengan sebelum ini. Nampaknya Maximo berusaha untuk memperbaiki dirinya, mungkin sebab dia mahu bertugas di Malaysia. 



“In September or October Monica will be visiting the research Institute.  She can stay with me while she is here.” “Kata Maximo sambil tersenyum riang.



“Oh…. Uhhhh…!” Nia tidak terkata apa-apa.   Dia lihat Damia juga agak terkejut dengan kenyataan Maximo.  “ But… she cannot …”  Nia Atirah memulakan kata-kata tetapi dia senyap semula sebab  dia tersedar yang Maximo  dan Monica ialah orang Asing di sini.  Bukan orang Islam Malaysia.  Siapa yang Maximo ingin benarkan masuk ke dalam rumah dia bukan masalah mereka.  Lagipun mereka mesti hendak  kawan disekeliling mereka bila mereka datang ke negara asing.   Sebelum menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini,  kehidupan mereka mesti sunyi.  Nia Atirah pernah mengalami keadaan yang begitu asing sebegitu semasa mula-mula dia jejakkan kakinya di bumi Turin lebih kurang lapan tahun yang lalu.  Nia Atirah memahami keadaan kesunyian yang orang asing itu alami. Dia bernasib baik kerana ada Hassan, Hajer dan brother fouzi yang menjaga dirinya, termasuk juga Enrica yang terus menawarkan Nia bekerja dengannya. Kalau tidak tentu Nia Atirah akan kesunyian dan mengalami kesulitan untuk hidup sendirian di Itali.



Lagipun budaya mereka tidak menghalang mereka duduk  bercampur lelaki perempuan tanpa berhubungan rasmi.  Dan mungkin juga kini Maximo dan Monica ada perhubungan.  Semasa Nia Atirah di Itali lagi, Monica nampaknya ada menaruh hati terhadap Maximo.  Ketika itu Maximo hanya ada hati pada Nia Atirah tetapi bila Nia Atirah sudah kembali kepada Zaril Ikhwan dan balik ke Malaysia, mungkin dengan ketiadaan Nia Atirah telah membuat hati Maximo terbuka untuk membenarkan Monica mengisi kekosongan dalam dirinya.  Banyak kemungkinan yang berlaku selama dua tahun ini.  Nia Atirah kesihan bila Nia Atirah menolak cinta Maximo.  Maximo tentu merana.  Maximo berhak untuk menemui bahagia seperti apa yang telah berlaku pada Nia Atirah dan Zaril Ikhwan.  Nia Atirah bersyukur kalau Maximo dan Monica kini bersama. 



Berlainan dengan Nia Atirah, Damia Zahra terus naik bengang dengan kenyataan Maximo.



“Siapa Monica?  Girldfriend Maximo ke?  Maximo sudah ada girlfriend di Italy?”  Damia terus cemberut masam.  Memang nasib dia tidak baik.  Bertemu sahaja dengan lelaki yang kacak ini, terus hatinya terpaut.  Angan-angan Damia Zahra telah mengunung tinggi.  Dia hendak dapatkan lelaki Italy ini. Rupa-rupanya Maximo sudah ada girlfriend. 

Musnah harapan Damia seketika.  Dia termenung seketika, sementara Maximo, Nia Atirah dan Zaril Ikhwan memeriksa bahagian dapur.  Sebuah dapur yang lengkap dengan tempat masak, peti ais dan pinggan mangkuk.  Bila Maximo buka peti ais, tersenyum dia lihat peti ais penuh dengan makanan.  Mesti semua ini kerja Nia Atirah.  Agaknya berhari-hari Nia Atirah bersusah payah siapkan apartment ini sebelum kedatangan Maximo.    Nia Atirah ialah seorang kawan yang baik.  Suaminya Zaril Ikhwan pun seorang yang baik kerana membenarkan Nia Atirah bersusah payah untuk Maximo.  Kalau Maximo di tempat Zaril Ikhwan, belum tentu dia mahu biarkan Nia Atirah bersusah payah tentang kawan lamanya itu.  Padal dia tahu bagaimana rapatnya mereka ketika Nia Atirah tinggal di Turin.  Zaril ikhwan juga tahu bagaimana perasaan  Maximo terhadap Nia Atirah.   Kalau Maximo suami Nia,  mesti Maximo cemburu, bila lihat Nia Atirah bersusah payah tentang lelaki lain.  Macamana Zaril Ikhwan boleh relaks sahaja.  Mungkin Zaril Ikhwan begitu yakin dengan cinta Nia Atirah terhadap dirinya.  Tidak ada apa-apa atau sesiapa yang akan menganggu cinta mereka.  Mungkin benar belaka. Melihat wajah Nia Atirah yang berseri-seri, Maximo tahu Nia Atiarh bahagia bersama Zaril Ikhwan.  Terguris hati Maximo.  Tetapi dia tidak sepatutnya rasa begitu.  Sepatutnya dia rasa gembira meihat Nia Atirah bahagia di samping Zaril Ikhwan.  Adakah Maximo berharap Nia Atirah tidak bahagia bila mereka bertemu setelah hamper dua tahun berpisah. Adakah Maximo berharap agar dapat memujuk Nia Atirah tinggalkan Zaril Ikhwan dan ikut dia pulang jika  Nia Atirah tidak bahagia di sini.



Semua itu telah bermain di kepala Maximo semasa dalam perjalanan selama  tiga belas jam ke Malaysia.  Macam-macam yang dia bayangkan. Apa yang dia hendak katakana pada Nia.  Hendak pujuk agar Nia Atirah ikut dia balik ke Turin.   Tetapi Maximo sedar itu semua hanya angan-angan dia sahaja.  Tidak mungkin Nia Atirah meninggalkan Zaril Ikhwan.  Dengan sepasang anak yang comel,  Nia Atirah akan buat apa sahaja demi anak-anaknya.  Nia Atirah tidak akan tinggalkan Zaril Ikhwan dan anak-anaknya untuk bersama Maximo.  Ini adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku.



“Tetapi tidak salahkan untuk berangan…”  Melihat Miazara yang begitu comel, membuatkan ingin sekali Maximo mempunyai anak seperti itu juga.   Bayangkan anaknya sendiri dengan Nia Atirah.  Maximo gelengkan kepalalanya, ingin membuang angan-angannya itu jauh dari kotak mindanya.  Malunya Maximo! Kerana dia masih mahukan Nia Atirah.  Tetapi dia sedar dia tidak layak berfikiran begitu.  Nia Atirah ialah kawan baiknya dan isteri kepada kawannya juga.  Maximo tidak ada hak untuk ada simpan apa-apa perasaan cinta lagi pada Nia Atirah.  Maximo hanya boleh sayangkan Nia Atirah sebagai kawan baiknya sahaja.  Tidak lebih dari itu.  Itu yang Maximo ingatkan dirinya ketika itu, ketika dia sedang berada di dalam dapur apartment Seri Maya, bersama Nia Atirah, Zaril Ikhwan yang sedang mendukung Miasara dan juga bersama dengan Hazeril dan sepupu Zaril ikhwan yang dia sudah tidak berapa ingat namanya. 



Sepupu  perempuan Zaril Ikhwan nampaknya sudah terpikat habis dengan Maximo.  Sesuatu yang Maximo sudah terlalu biasa sangat.  Memang ramai gadis yang terpikat dengan dirinya pada pandang pertama.  Malangnya selama ini juga dia hanya ada Nia Atirah dalam hatinya.  



Maximo tahu dia hanya buang masanya sahaja.  Tetapi dia lemah dan tidak dapat melawan perasaanya sendiri.  Setiap masa dan saat dia cuba hendak lupakan Nia Atirah  tetapi gagal.   Malah kali ini Maximo telah berjanji dengan dirinya sendiri , biarlah sekali ini sahaja dia menaruh harapan.  Jika dia sampai di Malaysia dan dapati memang Nia Atirah bahagia, Maximo akan sedaya upayanya berusaha untuk mengikis perasaan cintanya yang mendalam itu terhadap Nia Atirah dan mulakan hidup baru tanpa menaruh apa-apa harapan untuk Nia Atirah lagi.    Maximo kena mula hidup baru. Tanpa ada angan-angan yang Nia Atirah akhirnya akan menjadi teman hidupnya.  Maximo kena buka hatinya untuk gadis lain. Malahan Monica masih lagi menaruh harapan pada Maximo, masih mengharap kasih Maximo.  Boleh kah Maximo beri peluang pada Monica? 



Maximo mengelengkan kepalanya perlahan.  Dia sedar dia tidak  akan berbuat demikian kerana hala tujunya dan Monica kini telah jauh berbeza.  Demi untuk mehilangkan kekecewaannya, Maximo tidak boleh tangkap muat sesiapa sahaja dan gunakan wanita itu untuk melupakan Nia Atirah.  Itu tidak adil kepada sesiapa pun.  Maximo kena lawan perasaannya sendiri dan cuba sedaya upaya melupakan perasaan cintanya pada Nia Atirah.  Melihat Nia bahagia Maximo kena relakannya. 



Maximo tiba-tiba tersedar yang dia termenung lama, dia dapati Nia Atirah sedang memandang wajahnya.  Maximo sedar yang Nia Atirah tahu apa yang bermain di fikiran Maximo, entah bagaimana Nia Atirah tahu Maximo masih ada perasaan cinta terhadap dirinya.  Wajah Nia kelihatan penuh simpati terhadap dirinya.  Maximo rasa dirinya begitu bodoh sekali kerana masih mengharap sehingga kini.  Dia kena terima kenyataan yang Nia Atirah tidak mencintai dirinya dan tidak akan mencintai dirinya. 



Maximo perlukan sedikit masa untuk dia cuba melupakan perasaan cintanya pada Nia Atirah.  Dia tidak boleh menghilangkan perasaan cintanya yang telah bertahta di hatinya dengan tiba-tiba.  

Terutama sekali sekarang ini kerana baru sahaja terubat rindunya kepada wajah yang ayu itu, yang sentiasa dalam ingatannya dan kali ini ada di depan matanya.  Biarlah dia mencintai Nia dalam diam.  Dia sudah begitu lama berada berpisah jauh dari Nia Atirah dan kini dapat berada dekat dengan Nia pun sudah mencukupi.   Maximo kemudiannya menjeling ke arah Zaril Ikhwan.  Zaril Ikhwan sedang berbual dengan Hazeril sambil mendukung Miazara.  Nasib baik Zaril ikhwan tidak perasaan apa yang berlaku.  Maximo memandang kea rah Nia Atirah semula.  Hanya Nia Atirah yang tahu apa yang terlintas di hatinya.   Wajahnya nampak sedih memandang wajah Maximo.  Maximo mengelengkan kepalanya, tidak mahu simpati Nia Atirah. 



Dia kemudiannya berjalan ke arah balkoni.  Permandangan Bandar Kuala Lumpur indah terbentang di hadapannya.  Disebelah kiri dan kanan terdapat beberapa buah apartment lain yang sama ketinggiannya dengan   apartment yang mereka duduki itu.   Mereka yang lain turut sama ke balkoni dengan maximo untuk memandang keindahan disekeliling  mereka.  

“This is realy nice.  I can see myself enjoying a cup of tea when I come back from work.”  Ujar Maximo lagi.   Mereka yang lain menganggok setuju dengan kenyataan Maximo.



 Di apartment sebelah kiri,  ada dua orang wanita bangsa asing sedang berdiri di balkoni sedang berbual mesra.  Tiba-tiba mereka  kedua wanita  itu melambai ke arah Maximo.

“Well I guess, you wont be lonely Maximo.”  Kata Zaril Ikhwan sambil ketawa riang.  Dia menepuk belakang Maximo.  “Within two minutes, you have already make friends.  See….. Sayang, don’t worry about Maximo.  I am sure he will be fine here.”  Sambung Zaril Ikhwan lagi. 



Maximo melambai kembali kea rah ke dua wanita asing itu. 

“Oh yes..   Maxi, You have a lot friends here.  You can meet them at the Swimming pool and the Gym.”

“Oh?  We have Gym and swimming pool here.”

“Yes.. two  swimming pools  and the good news is that you can swim all day year round… except if it rains… “



“You like it here Huh Nia?  Don’t have to worry about the cold.  All year round of sunshine.”

“Yes Maxi… I love it here.  I certainly do not miss the cold.  But I miss my friends, Hajer, Brother Fouzi, Enrica and you..  That is why I am so glad that you are here with us now.   I hope you will enjoy your stay here and not feel so lonely up here.  But I am sure  in no time you will meet up new friends.  See over there… they are waving for you…”  Kata Nia sambil membalas balik lambaian ke dua wanita asing tersebut.



“Oh ya…probably I will have both of them here with me tonight….to keep me from feeling alone.”  Kata Maximo, sengaja mahu mengusik Nia Atirah.

“Really…?”  Jawab Nia.  “Well good for you… At least I don’t have to worry that you being lonely up here…”



Kalau Maximo ingat Nia Atirah akan cemburu dengan  kenyataannya itu, Maximo memang salah.  Nia Atirah nampaknya lega bila Maximo mungkin sudah ada kawan baru.  Hanya Damia sahaja yang cemberut masam.  Cemburu melihat kedua wanita bangsa asing itu sedang melambai-lambai dengan Maximo. 



“Boleh ke dia orang datang sini malam-malam?  Tak ada orang yang akan tangkap mereka ke?  Soalan Damia Zahra tujukan kepada Zaril Ikhwan.

“alah, mereka bukan orang islam.  Siapa yang hendak tangkap mereka.  Lagipun dalam kawasan apartment yang ada sekuriti macam ni, mana ada  orang yang check apa yang orang yang duduk di sini buat.  Bukan macam di kampong…atau kawasan perumahandimana oenduduknya saling kenal antara satu sama lain.”  Terang Zaril Ikhwan kepada sepupunya yang masih mentah itu.

“Oh di sini boleh buat apa sukalah Abang Zaril?”

“Well sini bukan sahaja orang melayu yang tinggal. Ramai bangsa lain dan juga bangsa asing.  Tengok masa kita hendak naik tadi pun, kena ada access card baru boleh masuk. Bukan sesiapa boleh masuk ke sini.”



“Iyelah tu… Dia hendak bawa dua orang perempuan tu ke apartment dia ..lantaklah…” Damia mengomel geram.  “Entah-entah dia orang tu couple… tengok tu dia orang berpeluk-peluk di balkoni tu. Padan muka dia…”



Zaril Ikhwan hanya tersengeh mendengar kata-kata Damia Zahra.  Damai nampaknya cemburukan Maximo dengan teman barunya itu.  Baru sahaja berjumpa dengan Maximo sudah berkenan.  Tetapi Damia memang begitu.  Remaja, semua orang dia minat.  Memandangkan wajah maximo yang handsome, tidak menghairankan Damia sudah jatuh hati dengan Maximo.  “Cinta remaja..” Getus Zaril ikhwan.  “Kejap lagi hilanglah tu.”  Zaril Ikhwan kenal sangat dengan Damia Zahra.  Dulu pun Damia Zahra pun meminati Zaril ikhwan.  Sejak Damia kecil lagi. Dia selalu katakana yang dia akan kawin dengan abang Zaril.  Kini bila Zaril Ikhwan sudah berkahwin dan punyai dua orang anak, cinta monyetnya sudah bertukar kepada orang lain, ahli sukan, artis, rakan-rakan sekolah dan lain-lain lagi. 



Hari ini hatinya terlekat pada Maximo pulak nampaknya.  Harap-harap sekejap sahajalah infatuation Damia terhadap Maximo.  Lagipun  tidak lama lagi Damia akan melanjutkan pengajiannya ke luar Negara.  Menurut Pak Sunya Encik Zakuan, mereka sedang mencarikan  pengajian dan university yang sesuai untuk Damia melanjutkan pengajiannya.  Adik beradik Damia Zahra yang lain seperti  Kakaknya, Yati telah melanjutkan pengajian di United Kingdom, manakala abangnya, Daniel telah melanjutkan pengajian di Australia.  Kini tiba giliran Damia pula untuk pergi melanjutkan pengajian di luar Negara.



“Maximo, I think we should leave you to rest for now.”  Tiba-tiba kedengaran Nia Atirah bersuara.  Zaril Ikhwan sudah jauh melayang fikirannya memikirkan tentang Damia Zahra, menganggokkan kepalanya.    Masa untuk mereka beredar dari situ.

“Okay Maximo.  We see you tonight.  We are bringing you out for dinner.”  Kata Zaril Ikhwan.

“Don’t worry about me.”  Jawab Maximo.  Segan kerana banyak menyusahkan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan.

“No.  we will take care of you until you know you way around here..” Kata Zaril Ikhwan.  “Okay Good bye..”   Zaril Ikhwan yang sedang mendukong Maizara, pegang tangan Hazeril dan  berjalan kea rah pintu.

“Okay Maxi, see you tonight.” Kata Nia.

“Okay Nia…”

Nia Atirah dan Maximo berjalan ke arah pintu, di ikuti oleh Damia Zahra.  Damia Zahra cuba menangkap mata Maximo, hendak mengucapkan Selamat tinggal tetapi Maximo hanya pandang Nia, dia tidak perduli langsung pasal Damia Zahra. 



   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bab 1

Love for Maxximo

Bab 1

Dia ialah lelaki yang paling kacak yang pernah Damia Zahra lihat seumur hidupnya.  Rasa-rasanya tidak pernah dia menatap wajah yang setampan itu pada mana-mana lelaki pun, tidak kira lelaki melayu atau lelaki asing, hidup atau sudah mati atau dalam mana-mana media.  Damia terus memandang tanpa berkelip-kelip matanya.  Lelaki itu berjalan dengan begitu segak menghampiri Damia  yang sedang menunggu di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang KLIA.  Lelaki itu kemudiannya memberikan senyuman ke arahnya.  Gugur jantung Damia ketika itu juga. Pada ketika itu, Damia berpendapat bahawa  Ini adalah ciptaan tuhan yang begitu baik pada seseorang manusia. Begitu kacak dan tampan.  Orangnya agak tinggi dan susuk badannya segak sekali.  Rambutnya berwarna perang dan berombak, kelihatan menarik sekali. Membuat Damia ingin melarik-larikan jarinya di rambut yang bersisir kemas itu.  Makin lelaki itu menghampiri mereka, makin berdebar rasa hati Damia.  Macamana mungkin,  kali pertama bertemu dia sudah jatuh cinta.  Dalam bebeberapa saat sahaja, Damia tahu dia sudah jatuh hati dengan lelaki yang sangat tampan itu.

Tidak akan sesiapa yang percaya kalau Damia katakan yang dia jatuh cinta dalam sekelip mata.  Mesti orang akan ketawakan dirinya.  Mesti orang kata ini satu lagi cinta monyet si DZ,  DZ yang selalu berangan untuk bertemu dengan Mr Rightnya. DZ yang asyik minat bintang filem itu dan bintang sukan ini, sekejap- suka yang ini, besoknya suka yang lain.   Tidak ada sesiapa akan percaya kali ini DZ sudah betul-betul jatuh cinta pandang pertama dengan lelaki yang dia baru nampak kurang dari seminit yang lalu.

Damia yang sedang termenung sendirian sejak tadi tiba-tiba sahaja tertarik dengan jejaka yang sedang berjalan sambil menolak troli bag.  Jejaka itu berjalan menuju ke arah Damia sambil tersenyum.  Bila sudah betul-betul dekat dengan dirinya, tidak salah lagi,  wajah lelaki itu memang  betul sangat kacak.  Matanya biru betul. Biru….tidak dapat Damia Zahra  bandingkan dengan apa-apa.  Dirinya yang baru berumur 18 tahun tidak mempunyai banyak pengalaman.  Tidak tahu hendak di samakan keindahan warna mata lelaki itu dengan warna apa, yang  dia tahu, biru yang betul-betul indah, macam air laut yang dalam.  Damia telah lemas di dalam kebiruaan itu.  Kebiruan yang betul-betul memikat hatinya.  Kelu lidah Damia untuk berkata apa-apa lagi.   Hidung lelaki itu pula begitu mancung  dan meruncing dan terletak dengan sempurna. Dia mempunyai sepasang mata yang begitu cantik sekali, tidak padan untuk seorang lelaki, berbulu mata lentik, alis matanya tersusun rapi seperti baru di sisir. 

Jejaka tanpam itu juga tersenyum gembira sambil memandang ke arah Damia. Nampaknya dia juga seperti Damia,  begitu gembira dapat bertemu dengan Damia, walaupun inilah pertama kali mereka menatap wajah masing-masing.   Damia hanya melopong memandang wajah lelaki tersebut. Lelaki itu nampaknya suka betul bila melihat Damia.  Mungkinkah lelaki itu juga seperti dirinya, jatuh cinta dengan Damia sebaik sahaja matanya terpandang wajah Damia?  Adakah kisah begini betul-betul terjadi dalam realiti. Dua insan yang pertama kali bertemu, kedua-duanya terus jatuh cinta pandang pertama?  Mungkin ini yang dikatakan jodoh ditentukan tuhan.  Macam cerita dalam movie,  pertama kali jejaka dan gadis bertentangan mata,  mereka terus dapat rasakan nya,  Mereka terus jatuh cinta.   Begitu jugalah agaknya antara Damia dengan lelaki  itu,  yang sudah kian hampir  menuju ke arahnya itu. 

Dapat Damia angan-angan  bahawa mereka berdua terus jatuh cinta dan menjadi pasangan bercinta yang paling hebat di dekad baru ini, berkahwin dan akan hidup ‘happily ever after’ macam dalam Fairytales yang Damia baca sejak kecil lagi.  Alangkah indahnya hidup ini.  Prince Charmingnya sudah turun dari Istana dan terus menyunting Damia sebagai permaisurinya.   Impiannya selama ini sudah menjadi kenyataan. Lelaki kacak itu berhenti di hadapan Damia, memandang.  Bibirnya tersenyum.  Jantung Damia terus berhenti dari berdegup.

Damia memekap kedua belah tangannya rapat ke dadanya, rasa begitu bahagia sekali.  Bukan semua orang dapat mencapai impian mereka sejak kecil lagi.  Damia betul-betul beruntung. Bayangkan bertemu dengan jejaka idaman hati dan sama-sama jatuh cinta pandang pertama pada masa yang sama.  Damia terus tenggelam dalam impiannya.  Memeluk dirinya sendiri.  Berangan jauh hingga ke suatu tempat yang lain.

“DZ...itulah kawan Kak Nia, Maximo.”  Tiba-tiba Nia Atirah menunjukkan lelaki memperkenalkan lelaki itu kepada Damia.  Damia terkebil-kebil memandang wajah Nia Atirah.  Macam baru tersedar dan kembali ke alam nyata.  Nia mengelengkan kepalanya.  Anak remaja masa kini memang begini,  jiwanya penuh dengan angan-angan.  Entah ke mana-mana angan-angannya telah membawa DZ pergi tadi. Matanya bersinar dan jauh betul  pandangannya.

“Maximo?”  Damia Zahra masul terkebil-kebil memandang wajah jejaka tampan itu.   Lelaki itu rupanya Maximo, tetamu mereka.  Damia memandang wajah  Nia Atirah... Rupa-rupanya senyuman  lelaki itu dari tadi di tujukan kepada Nia Atirah dan bukan kepada Damia Zahra.   

“Hello Nia.”  Kata Maximo, bibirnya masih terukir senyum.  Dia memandang tepat pada Nia Atirah tanpa berkelip-kelip matanya.  Dia bagaikan terpukau memandang wajah Nia Atirah.  Wajahnya seperti  musafir yang kehausan baru mendapat seteguk air dingin.  Wajah orang yang sudah lama kerinduaan, kini baru sahaja terubat rindunya itu.  Bersinar matanya memandang Nia Atirah.  Ketika itu juga terasa  sifat cemburu Damia  Zahra, yang tidak pernah Damia rasa dia miliki,  naik memuncak, hingga ke kepalanya.

Maximo tidak memperdulikan Damia langsung.  Dia terus mengambil baby Maizara dari dukungan Nia Atirah.

“This is the bambina?”

Nia Atirah menganggakkan kepalanya sambil tersenyum. 

“What is her name...?”

Maizara,  we call he Zara.”  Jawab Nia Atirah.

Maximo terus mengagah-agah Zara,  Zara mengekek kegembiraan.  Nia Atirah tersenyum gembira melihat gelagat Maximo dan Zara.

“Where is Hazeril and Mr Zaril?”

“They were here waiting, but then Hazeril wanted to go o the toilet.  They will be back soon.”

“Oh I can’t wait to see Hazeril, He must be very big now,  How old is he, 6 years old?”

“Yes..He is has grown so tall and next year he will start schooling.”

“Oh...  I can’t wait to see him.  And I am so glad to see you.” Mata Maximo yang kebiruan itu menjadi begitu redup bila memandang wajah Nia.

“I miss you so much!”  Ujar Maximo lagi, suaranya menjadi gemersik. 

Damia mengeluh dalam diam. Kalaulah apa yang dikatakan oleh Maximo itu ditujukan pada dirinya dan bukan pada Kak Nia.   Mesti Damia Zahra akan cair, melimpah di lantai lapangan terbangan KLIA itu.   Damia melihat wajah Nia Atirah.  Nia Atirah hanya tersenyum,  tidak ada tanda-tanda yang dia akan cair seperti apa yang di rasakan oleh Damia Zahra.  Macam hari-hari dia dengar ucapan seperti itu  di tujukan kepadanya, ucapan romantic  keluar dari bibir yang sungguh seksi itu. 

Mungkin juga hari-hari  agaknya Nia Atirah menerima ucapan rindu, cinta, kasih sayang  dari Abang Zaril. Abang Zaril pun  tidak kurang hebatnya.  Kacak dan sangat tampan orangnya.  Sebab itu Kak Nia tidak sedikit pun hairan dan teruja dengan ucapan Maximo.  Dia hanya tersenyum sahaja, macam menerima ucapan selamat pagi  atau selamat malam sahaja dari orang paling paling kacak yang Damia pernah lihat seumur hidupnya.

“We miss you too.” Jawab Nia Atirah.  Gembira sangat dapat bertemu dengan sahabat baiknya itu setelah hampir dua tahun berpisah.  Nia ternanti-nanti saat ketika Maximo datang ke Malaysia,  kini peluang dia pula membalas jasa baik Maximo terhadap dirinya selama dia berada di Italy.  Nia ingin menunjukkan keindahan bumi Malaysia yang tercinta dan juga ingin memperkenalkan Maximo kepada orang-orang Malaysia yang terkenal dengan adat sopan santun dan ketinggian budi bahasa, yang menjadi kebanggaan Nia selama ini.  Nia mengambil semula Zara dari Maximo.  Mereka sudah mahu bergerak dari Balai Ketibaan itu.

“Maximo! How are you.”  Seru Zaril Ikhwan, meluru sambil menghulurkan tangannya ke arah Maximo.  Maximo menyambut tangan Zaril Ikhwan dan mereka berjabat tangan dengan mesra.  Nampaknya Zaril Ikhwan juga gembira bertemu dengan Maximo.  Tidak ada tanda dia cemburu pun dengan Maximo.  Damia sahaja yang cemburukan perhatian Maximo, yang dia tidak dapat sehingga kini.  Maximo kemudiannya  mendapatkan Hazeril yang sedang berjalan di sebelah Zaril Ikhwan. 

“Hazeril..!  Look at you.. You have grown so big now!”

“Uncle  Maxi.”  Ujar Hazeril,  mula mengingati Maximo, maklumlah dia masih kecil lagi semasa mereka pulang ke  Malaysia hampir dua tahun lalu.  Hazeril terus memeluk pinggang Maximo.  Hazeril juga sayang dengan Maximo.  Setelah melepaskan pelukannya terhadap Maximo, Hazeril kembali berdiri di sebelah Zaril Ikhwan, yang sedang memeluk erat bahu Nia.  Zara berada dalam dukungan Nia Atirah.

Maximo memandang keluarga kecil yang berdiri di hadapannya itu.  Mereka nampak begitu bahagia sekali. 

“What A beautiful family.”  Kata Maximo dalam hatinya.  Sepatutnya keluarga bahagia ini menjadi keluarganya.  Dia yang sepatutnya berada di tempat Zaril Ikhwan.  Kalau Zaril Ikhwan tidak datang ke Italy dalam misi kerjasama penyelidikan dulu,  mungkin Nia Atirah menjadi isterinya dan  Hazeril dan Zara menjadi anak-anaknya.  Terasa hatinya tertusuk duri yang begitu tajam.  Terasa sehingga jauh di lubuk hatinya.  Maximo ingat dia sudah pulih dari mencintai Nia Atirah, tetapi nyata Nia Atirah masih lagi di hatinya.  Dia tidak dapat melupakan perasaan cintanya itu pada Nia Atirah.  Maximo cepat-cepat mengawal perasaannya itu, takut mereka yang dihadapannya itu menyedari isi hatinya itu.  Maximo sedaya upaya cuba menyembbunyikan perasaannya itu.

“Maximo, have you met my cousin, Damia Zahra.”  Tiba-tiba Zaril Ikhwan bertanya kepada Maximo sambil menunjukkan ke arah Damia.

Maximo terus mengambil peluang ini untuk mengalehkan perhatian semua orang dari dirinya. Malunya rasa hati Maximo jika mereka yang dihadapannya itu tahu yang dia masih mencintai Nia Atirah.  Maximo terus memberikan senyumannya yang paling manis pada gadis yang bertudung di sebelah Nia Atirah.  Memang seorang gadis muda yang cantik sekali.  Maximo terpaksa menggunakan Damia Zahra untuk melindungi dirinya.

“Hello... Damia Zahra...  Nice to meet you.  I am Maximo.”  Kata Maximo kepada Damia dengan penuh perhatian.

“Uhhh.... ...I have already heard so much about you from Kak Nia and Abang Zaril.”  Kak Nia asyik ceritakan betapa baik Maximo terhadap dirinya.  Tetapi dia tidak ceritakan betapa kacaknya Maximo.  Sampai Damia pertama kali bertemu, Damia sudah terpikat.

“Oh...really.”  Jawab Maximo.

Damia  gugup pada mulanya dengan perhatian yang diberikan oleh Maximo, kemudian setelah jantungnya yang terhenti seketika sudah mula berdenyut kembali,  dia memberikan Maximo senyuman manis.  “You can call me DZ” Sambung Zahra Damia lagi.

“No... I like ....Damia Zahra better.  A beautiful name..... Damia..”  Bila mendengar kata Maximo yang begitu memikat itu, Damia rasa macam dia sudah cair, cair macam lilin yang dibakar.  Hatinya betul-betul terpikat dengan Maximo.  Tidak dapat Damia melarikan pandangan matanya dari lelaki yang tampan itu. 

Zaril Ikhwan dan Nia Atirah  melihat sahaja gelagat Damia dan Maximo, kemudian saling berpandangan antara satu sama lain lalu tersenyum.

“Damia sudah buat lagi nampaknya.  Jatuh cinta kilat lagi.”    Sudah berapa kali sejak Damia duduk bersama mereka, mereka mendengar cerita Damia jatuh cinta.  Pasti selepas ini Damia akan heboh dengan cerita dia jatuh cinta dengan Maximo pulak. Tanpa perlu bersuara, mereka berdua sudah tahu apa yang bermain dalam hati masing-masing, sudah sangat memahami isi hati pasangannya. Sinar bahagia terpancar dari mata mereka. 

Nyata sekali, perhubungan mereka berdua begitu erat dan mereka saling  mencintai. Semua orang yang berada di situ  boleh lihat betapa dalamnya kasih antara mereka berdua, betapa rapatnya hubungan mereka berdua. Tidak mungkin ada orang lain di dalam hidup mereka. Maximo menelan rasa pedih dalam hatinya.  Tetapi dia tidak mahu kedua suami isterinya membaca isi hatinya, lantas dilindunginya perasaannya itu dengan memberikan senyuman melirik kepada Damia. 

Damia rasakan tidak ada yang lebih indah dari senyuman Maximo dan tidak ada lelaki yang begitu menawan selalin dari Maximo.  Ketika itu juga Damia telah membuat keputusan yang paling penting dalam hidupnya yang masih setahun jagung itu.  Keputusan yang akan merubah keseluruhan hidupnya selepas ini. 

Damia Zahra akan mendapatkan lelaki itu.  Apapun yang berlaku Damia Zahra akan memiliki lelaki yang bernama Maximo.  Bagaimana?   Damia Zahra tidak tahu tetapi dia akan cari jalan sehingga Maximo akan menjadi miliknya yang abadi.  Dia sudah jatuh cinta pandang pertama dengan Maximo dan Damia yakin Maximo juga mencintainya.  Kalau tidak pun, Damia akan usaha sedaya upaya untuk membuat Maximo jatuh cinta dengan Damia dan akhirnya mereka akan berkawin.  Mereka akan hidup bahagia selamanya. Itu azam dan  tekad Damia Zahra.

*************************************8

Maximo  datang ke Malaysia kerana tugas.  Kini tiba gilirannya untuk bertugas bagi mewakili pihak pusat penyelidikan di Italy.  Dia di sini sebagai coordinator kepada pengawai-pengawai penyelidik dan juga tenaga pengajar yang akan bertugas di sini.  Pada mula-mula program ini dijalankan, koordinator dari Malaysia yang ditempatkan di Italy untuk untuk mengendalikan pelatih-pelatih dan penyelidik-penyelidik dari Malayisa untuk menjalankan latihan dan  penyelidikan di insitiusi-institusi penyelidikan di sana..  Kini adanya institusi penyelidikan dan kemudahan penyelidikan di Malaysia, Pelajar dan penyelidik Malaysia tidak perlu di hantar ke sana.  Sekarang ini hanya tenaga pengajar dan  dan penyelidik Italy yang di hantar untuk melatih pelajar-pelajar di Malaysia.  Ini lebih menijimatkan wang dan lebih ramai yang dapat di latih.  Tenaga-tenaga terlatih ini amat penting dalam usaha Malaysia memperbanyakkan lagi pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan juga kemahiran dalam bidang pembangunan dan Penyelidikan berteknologi tinggi.  Program yang akan datang pula ialah usaha menghasilkan tenaga-tenaga mahir yang boleh melatih sendiri pelatih-latih tempatan, untuk menghilangkan pergantungan kepada tenaga pelatih dari luar Negara.  Selain dari tugas mengendali tenaga pengajar ini, Maximo juga menguruskan hal ehwal tenaga pengajar-pengjar ini dan juga tugasnya yang penting sekali menentukan penukaran teknolgi berjalan dengan lancar sepertimana yang termaktub dalam MOU antara consortium penyelidikan di Malaysia dan Institusi penyelidikan di Italy.  

Maximo datang ke Malaysia untuk mengantikan rakan setugasnya yang telah berada di sini untuk menjalankan tugas yang sama setahun yang lalu. Tugas seperti juga merupakan salah satu cara Institusi Penyelidikan tersebut memberi peluang kepada kakitangan mereka untuk perkembangan dan pembangunan diri sendiri serta pengalaman bekerja di Negara asing.  Maximo akan bertugas selama setahun di Malaysia sehingga tugasnya di ambil alih oleh kakitangan lain.  Menurut gilirannya,  Monica, rakan sejawatnya akan menganti tempat Maximo pada sesi yang akan datang.

Peluang untuk bertugas di Malaysia amat-amat dinanti-nantikan oleh Maximo.  Semasa Nia Atirah meninggalkan Malaysia tempoh hari, Maximo ingat dia tidak akan bertemu dengan orang yang cintai itu.  Tetapi alangkah gembiranya apabila dia mendapat berita yang dia adalah salah seorang pengawai Institusi tersebut yang di pilih untuk bertugas di Malaysia selama setahun.  Tidak sabar rasanya Maximo untuk menanti masa dan ketika apabila dia dapat menjejakkan kakinya ke Malaysia dan bertemu semula dengan Nia Atirah. 

Apabila Maximo memberitahu Nia tentang berita ini melalui email, Nia Atirah juga sangat gembira dan mengalu-alukan kedatangan Maximo ke Malaysia.  Tidak sabar rasanya Nia Atrirah menerima kedatangan sahabat baiknya itu.  Kini masa untuk Nia Atirah menjadi hos yang terbaik untuk tetamu yang paling istimewa itu.

Walaupun semua urusan ketibaan dan penginapan Maximo patut di kendalikan oleh pihak institusi penyelidikan, tetapi Nia Atirah mahu menyambut Maximo, sebaik sahaja dia tiba di Malaysia.  Nia Atirah hendak Maximo menjadi tetamu mereka dulu sebelum dia mula bertugas.  Mahu membuat Maximo rasa selesa.

“I want  show him our Malaysian hospitality.  Make him feel at home.  Boleh kan abang?”

“Ikut suka Sayanglah.  I know you miss your friend.  Abang tahu Sayang rasa banyak terhutang budi dengan dia.  Bukan?”  Soal Zaril Ikhwan, sambil tersenyum.  Tercuit hatinya melihat Nia Atirah yang begitu teruja dengan berita kedatangan Maximo.  Maximo banyak membantu Nia Atirah semasa Nia Atirah berada di Italy.  Malah Zaril Ikhwan juga terhutang budi dengan Maximo.  Kerana Maximo jugalah dia mendapat kembali isterinya yang tercinta. 

Nia Atirah sibuk beberapa hari sebelum ini dengan membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Maximo.  Damia Zahra yang tinggal bersama Nia Atirah dan Zaril Ikhwan kerana menuntut di Taylor’s College  untuk pengajian A levelnya,  juga diheret sama, Damia terpaksa terpaksa menolong Nia Atirah bersedia untuk menyambut kedatangan Maximo. 

“Kerahan tenaga percuma!” Sungut Damia Zahra.  Dia geram kerana terganggu aktiviti tidurnya, terpaksa membantu Kak Nia buat macam-macam.  Pelik Damia Zahra melihat Kak Nia yang begitu teruja dengan kedatangan sahabat baiknya dari Italy. 

“Maximo namanya...” Damia bersungut sendirian. Macamana agaknya rupa sahabat baik Kak Nia ini. Dari namanya Damia Zahra bayangkan seorang berbangsa Italy yang gemok, pendek, kepala separuh botak.  Sebab itu agaknya abang Zaril Ikhwan tidak kisah pun bila melihat Kak Nia sungguh teruja.  Bukan saingannya.  Zaril Ikhwan tidak terasa tergugat langsung pun.  Lagipun Abang Zaril kacak sungguh orangnya.  Damia Zahra pun sejak dulu lagi merupakan peminat Zaril Ikhwan.  Abang Zaril Ikhwan seperti seorang hero kepada Damia Zahra yang masih kanak-kanak ketika itu.  Damia sayang sangat dengan Zaril Ikhwan.  Damia Zahra pernah berangan yang dia bercinta dengan Abang Zaril ketika dia kecil-kecil dulu.  Masa itu Zaril Ikhwan belum lagi di timpa kemalangan dan masih belum berkawin dengan Kak Nia Atirah. 

Nia Atirah juga turut sibuk menyediakan apartment yang akan di duduki oleh Maximo selama setahun yang akan datang ini, yang terletak di Condominium Seri Maya, Ampang.   Lokasi ini dipilih kerana berdekatan dengan stesen LRT dan berhampiran dengan KLCC dan juga kerana ramai pekerja-pekerja dari luar Negara yang tinggal di sini.  Mungkin mudah untuk Maximo untuk settle down, rasa lebih selesa dan boleh menjalankan tuganya dengan lancar.  Sehari suntuk Nia Atirah dan Damia berada di apartment yang baru di sewa untuk Maxximo, membersihkan apartment tersebut,  memerika dan memastikan semuanya cukup untuk Maximo. Kak Nia juga membeli sedikit bekalan makanan yang di letakkan dalam peti ais untuk kepeluan Maximo.

“Cukuplah makanan ni... untuk seminggu,  sampai dia tahu di mana hendak dapat barang-barang keperluan ini nanti.  Dia boleh beli sendiri.”  Kata Nia Atirah, tersenyum puas melihat peti ais yang sudah penuh dengan makanan.

“Ini bukan setakat cukup seminggu.  Cukup makan setahun, Kak Nia..”  Ujar Damia Zahra, kemudian dia menyambung lagi.

“Pandailah kawan kak Nia tu hendak uruskan diri dia sendiri nanti.” 

Damia berpendapat cara Kak Nia sibukkan hal Maximo macam Maximo itu seorang OKU atau budak tidak cukup akal.  Semua Kak Nia kena sediakan. Yang buat sakit hatinya, dia pun diseret sama.  Boring Damia dengan semua ini. Dia hanya mahu balik ke rumah, masuk dalam bilik, layan internet, facebook atau dengan lagu.  Malasnya dia bersusah payah untuk orang yang dia tidak kenali ini.

Yang Damia lagi boring, pagi-pagi lagi dia kena bangun pada hari cuti am ini, untuk pergi ke lapangan terbang KLIA untuk menyambut kedatangan Maximo.  Mana ada orang bangun pagi-pagi hari cuti am begini?  Damia sudah rancang mahu tidur sampai tengahari.  Damia study sehingga lewat malam semalam.  Tidak lama lagi dia akan menempuhi peperiksaan akhirnya.  Selepas itu dia akan ke luar Negara untuk menyambung pengajian Ijazahnya.  Damia mesti dapat keputusan yang baik, dia bukan bijak sangat macam Kak Yati yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya ke luar Negara.  Tetapi nasib baik ayahnya sanggup membiayai pengajian DZ.  Encik Zakuan menyarankan DZ mendapatkan A level dan kemudian melanjutkan pengajian keluar Negara. Dia sanggup membiayai pengajian Damia Zahra.  Jadi Damia kena berusaha bersungguh kalau mahu impiannya tercapai.  Pergi melanjutkan pelajaran ke luar Negara seperti Kak Yati dan abang Daniel adalah cita-citanya yang harus dia  capainya. Tidak boleh tidak.  Kalau tidak malulah Damia dengan saudara-maranya yang lain.  Semuanya belajar di luar Negara.

Jadi bila dia kena penat-penat pagi-pagi hanya sebab hendak menyambut Maximo, cemberut masamlah Damia  Zahra.

Tetapi semua perasan geram, boring, malas, jemu itu hilang dengan sekelip mata sahaja apabila Damia bertemu dengan Maximo. Patutlah Kak Nia beriya-iya memastikan semuanya dalam keadaan baik untuk menyambut kedatangan Maximo.  Dalam masa yang sama  Damia tertanya-tanya sama ada Kak Nia ada hati ke dengan Maximo.  Takkan mereka hanya kawan sahaja.  Kenapa Kak Nia begitu teruja dengan kedatangan Maximo ke Malaysia.  Diakan sudah ada Abang Zaril.  Macamana dengan Maximo ada hati dengan Kak Nia ke?  Macam-macam yang dia fikirkan.  Perasaan cemburu mula menguasai hati Damia.  Dia belum pernah mengalami perasaan cemburu  sebegini.    

Damia mesti dapatkan Maximo.  Dia tidak punya banyak masa lagi.  Dia hanya beberapa bulan sebelum dia berangkat ke luar Negara.  Damia mahukan Maximo, dia mesti dapatkan Maximo.



  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS