Bab 6


ILM Bab 6

Maximo tertanya-tanya di mana dia berada.  Dia pandang sekeliling.  Dia pernah ke tempat itu sebelum ini.  Dia pernah melihat bahagian interior tempat itu.  Dia berada dalam masjid terapung Al Hussain, Kuala Perlis!   Maximo mendongak ke siling.  Ada chandelier yang tergantung di siling dan terdapat ukiran-ukiran indah di bahagian dalam kubah yang berwarna biru.  Bila dia memandang sekelilingnya, dia dapat ramai orang duduk di sekelilingnya.  Maximo jadi pelik.  Zaril Ikhwan duduk di sebelahnya.  Nia ATirah juga ada bersama tetapi dia duduk jauh sikit dari Maximo, dikerumumi oleh kaum perempuan.  Maximo dapati di berada di tengah-tengah kumpulan orang itu.  Semua orang sedang memandang dirinya.  Maximo dapati sedang duduk bersila dan berpakaian serba putih. 

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang memegang tangannya. Maximo jadi panic.  Apa yang sedang berlaku. “What is happening?”  Soal Maximo.

“Well! This is the time... Go and do it...  Bless you my brother.”  Jawab Zaril Ikhwan, sambil tersenyum memandang kea rah kaum perempuan. Maximo ikut Zaril Ikhwan memandang kea rah di mana kaum perempuan duduk.  Nia ATirah pun ada di situ tadi. Maximo tidak faham apa yang sedang berlaku.  Dia duduk bertentang dengan seorang lelaki yang berjubah dengan berkupiah putih.  Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Maximo dan Maximo menyambut tangan lelaki itu.  Tangan Maximo di pegang dengan kemas dan kejap.  Maximo memandang kea rah Nia ATirah semula. Maximo ternampak seseorang wanita yang berpakaian serba putih.  Seperti dirinya juga.  Upacara apakah ini?   Ini seperti majlis akad nikah.   Nia Atirah kah yang akan berkahwin dengan dia?  Tapi macamana dengan Zaril Ikhwan.  Tidak mungkin Zaril ikhwan lepaskan Nia ATirah untuk jadi miliknya.  Terasa begitu gembira sekali hati Maximo kalau itu yang terjadi.  Tidak mungkin.    Atau dia dalam upacara untuk menganut ugama islam? Maximo pandang semula ke arah perempaun yang yang berbaju serba putih itu untuk mendapat kepastian. Bila Maximo memandang wajahnya....

Maximo terjaga!   Pada mulanya dia tidak pasti di mana dia berada.  Kemudian baru dia perasan yang dia berada di rumah nenek Zaril Ikhwan. Maximo bermimpi rupanya.  Mimpinya itu begitu jelas sekali.  Maximo bermimpi dia berada di Masjid terapung yang mereka lawati semalam.  Maximo tidak pasti apakah upacara yang hendak dijalankan.  Adakah dia bermimpi yang dia berkahwin atau ....  Dan kalau Maximo mimpi dia berkahwin, Maximo tidak nampak dengan jelas dengan siapa dia akan berkahwin.  Yang Maximo tahu Nia ATirah ada di situ.  Ketika itu Maximo rasa gembira sangat. 

Rupa-rupanya semua itu hanya mimpi Maximo sahaja.  Mungkin sebab semalam dia melawat di masjid terapung di Kuala Perlis dan kebetulan ketika berada di sana, ada majlis akad nikah yang dijalankan.  Ini pertama kali dia melihat pasangan pengantin di nikahkan di masjid.   Pengalaman yang menarik buat Maximo sehinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpinya.  Maximo mengeluh panjang.   Maximo memeriksa jam yang terletak di dinding.  Dia terjaga pada waktu yang sama,  setiap pagi dia akan terjaga pada waktu ini.  Iaitu lebih kurang 10 hingga 15 minit sebelum waktu subuh.   

Seperti biasa bila dia terjaga pada waktu ini,  kedengaran  ayat-ayat yang Maximo ketahui kini ayat-ayat suci al Quran dibacakan dengan jelas.  Begitu jelas sekali dia mendengar baris-baris ayat-ayat itu dibacakan.   Terasa masuk sehingga jauh ke dalam lubuk hatinya.  Dingin terasa di dalam hati Maximo. Khusyuk Maximo mendengar ayat-ayat alquran dibacakan sehingga dia rasa seperti dia faham maksud ayat-ayat tersebut.  Maximo rasa begitu sayu syahdu sekali.  Tidak lama kemudian kedengaran suara azan yang berkumandang.  Maximo sudah biasa dengan bunyi azan yang berkumandang setiap pagi, oleh yang demikian dia tidak lagi rasa geram dan marah kerana terjaga terlalu awal.  Maximo baring dan  mendengar sahaja azan berkumandang sehingga tamat. Entah kenapa hatinya begitu sayu mendengar azan pada pagi ini.   Setelah tamat azan, suasana menjadi sunyi sepi semula.  Tiba-tiba kedengaran pintu di tutup dan bunyi tapak orang berjalan di laman.  Maximo bangun dan mengintai di tingkap.  Ada seseorang sedang berjalan di laman, kemudian buka pintu pagar dan berjalan keluar.  Dalam kesamaran sinaran lampu dari porch,  Maximo dapat kenal pasti siapa yang sedang berjalan itu dari susuk tubuhnya..   

“Zaril Ikhwan!”  Zaril Ikhwan memakai songkok berbaju melayu dan berkain pelikat.  Maximo agak Zaril Ikhwan mesti ke masjid untuk sembahyang.  Kagum juga Maximo lihat Zaril Ikhwan yang sanggup bangun pagi-pagi dingin begini semata-mata untuk pergi sembahyang di masjid.  Bukan Zaril Ikhwan sahaja tetapi semua yang berugama islam yang mengerjakan sembahyang lima waktu setiap hari sepanjang hidupnya.  Mesti seseorang itu mempunyai displin yang kuat untuk lakukan ibadah rutin sebegini setiap hari atau mempunyai satu kepercayaan, kecintaan dan kesetiaan kepada penciptanya untuk patuh kepada semua perintah dan hukumNya.  Maximo yang pergi ke gereja seminggu sekali pun berat. Inikan untuk lakukan 5 waktu sehari hari hingga akhir ayat.  Itu hanya baru bab sembahyang yang wajid, banyak lagi ibadat-ibadat lain seperti berpuasa, mengerjakan haji, mengeluarkan zakat.  Semua maklumat ini Maximo tahu sedikit dengan membaca buku semasa dia berkawan dengan Nia Atirah di Turin.  Tetapi bila dia duduk di Malaysia, baru dia betul-betul dapat lihat bagaimana kehidupan sebenar seorang muslim.  Bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang muslim, bukan seperti yang Maximo sangka.  Dulu dia ingat dengan menjadi seorang muslim sahaja, dia dan Nia Atirah boleh berkahwindan mereka akan hidup ‘happily ever after’. Itu sahaja yang dia tahu.  Yang lain-lain tentang hukum hakam menjadi seorang muslim tidak dia ambil tahu sangat.  Sebab di Italy dia tidak nampak sangat perbezaan antara orang muslim dan orang bukan muslim kecuali dari segi pemakanan mereka sahaja.  Di Italy dia tidak pernah dengar suara azan berkumandang lima kali sehari, apatah lagi melihat orang bersembahyang.  Maximo tidak tahu pun di mana masjid di Turin,  tempat dia tinggal selama ini.  Bila Nia Atirah cakap ada masjid di Turin baru Maximo tahu.  Baru membuka matanya tentang islam dan penganut Ugama islam di Turin.  Selama ini Maximo tidak tahu pun ada lebih dari sejuta penganut islam yang tinggal di Italy. 

Sebelum dia kenal Nia Atirah, Maximo ingat pemakaian tudung hanya sebagai satu fesyen atau hendak melindungi kepala dari cuaca sejuk atau panasSelepas mengenali Nia Atirah baru  Maximo tahu yang pemakaian tudung ialah satu hukum yang dikenakan ke atas wanita Islam, bukan sahaja menutup kepala tetapi menutup seluruh badan dan hanya muka dan kedua tapak tangan sahaja yang tidak ditutup.  Mesti satu cabaran besar kepada semua wanita –wanita ini untuk menutup aurat mereka sepanjang masa.  Terutama sekali dalam keadaan iklim panas yang di alami di Malaysia.  Hampir lebih dari separuh dari wanita melayu yang dia temui hari-hari di Bandar Kuala Lumpur memakai tudung.  Begitu juga dengan kanak-kanak perempuan yang Maximo temui setiap hari, terutama sekali waktu pagi semasa mereka hendak ke sekolah.  Mereka semua kelihatan begitu comel  bila dikenakan tudung di kepala.  Suka hati Maximo melihat mereka.  

Entah mengapa dia rasa begitu pun Maximo tidak pasti.   Padahal sebelum ini dia suka melihat wanita-wanita  yang cantik dengan rambut yang panjang mengurai, berwarna hitam, perang kuning keemasan atau merah. Tambahan di Italy, kebanyakan wanita memakai baju-baju dengan fesyen-fesyen terkini dan kelihatan begitu seksi sekali.   Sekarang ini citarasa Maximo seperti sudah berubah.   Maximo rasa senang melihat wanita-wanita yang bertudung.  Mungkinkah kerana mereka mengingatkan dia pada Nia Atirah.  Adakah dengan melihat perempuan melayu yang bertudung membuat dia rasa dekat dengan Nia Atirah?

“Huh.....”  Maximo mengeluh panjang.  “Bukan itu sebabnya?”  Maximo menyangkal sangkaannya sendiri.  Tetapi Maximo tetap rasa ada perubahan dalam dirinya yang dia juga kurang faham.  Dia rasa sejuk mata memandang kesopanan wanita-wanita di sini.  Mungkin juga sebelum ini Maximo belum pernah merantau di Negara lain.  Seperti kata orang jauh perjalanan luas pandangan, banyak pengalaman. Maximo kini menimba  pengalaman baru dan merasai banyak perubahan  dan persepsi diri.

Maximo sudah tidak boleh tidur lagi, walaupun hari masih awal lagi.  Pada pukul sepuluh nanti mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.  Secara keseluruhannya Maximo seronok dengan perjalanan mereka ke Perlis ini.  Nenek Zaril Ikhwan melayan mereka dengan baik sekali.  Walaupun umurnya sudah mencecah lapan puluhtahun dan dia tidak berapa kuat lagi tetapi dia beriya melayan Maximo, dia dan Nia Atirah sibuk menyiapkan makanan istimewa untuk Maximo.   Maximo rasa begitu kagum dan hormat dengan Puan Zainon.  Pada Maximo, Puan Zainon seorang wanita yang kuat semangat dan bijak orangnya.  Puan Zainon boleh berkomunikasi dengan Maximo dalam Bahasa Ingeris dan banyak berkongsi pengalaman mengenai dirinya ketika dia muda dahulu.  Sayangnya mereka tidak banyak masa untuk dihabiskan.  Tahu-tahunya cuti hujung minggu ini sudah berakhir dan mereka semua akan bertolak balik.  Mesti Puan Zainon sedih melihat mereka semua pergi pagi nanti.  Puan Zainon begitu menyayangi cucu-cucunya, Zaril Ikhwan dan Nia Atirah.  Damia Zahra  pula nampaknya mempunyai tempat dalam istimewa dalam hati Puan Zainon, maklum  Damia Zahra ialah cucu bongsunya.  Begitu manja sekali Damia Zahra dengan neneknya itu.

Agaknya memang begitu perangai Damia Zahra,  dia seorang gadis yang manja.  Dengan Maximo kadang kala dia keterlaluan, seringkan merapatkan dirinya pada Maximo memeluk lengan Maximo.  Sehingga Maximo rasa segan dengan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah. 

“Huhhhh....” Maximo mengeluh lagi.  Mereka akan menempuh perjalanan jauh hari ini berdua.  Risau juga kalau Damia Zahra buat perangai sepanjang perjalanan pulang mereka nanti.  Apa yang harus Maximo lakukan?  Dia tidak mahu Damia Zahra kecil hati kalau dia cuba mengelakkan dirinya dari Damia Zahra tetapi dia risau juga dengan tanggapan pemandu Zaril Ikhwan nanti.  Nanti PakWahid ingat Maximo mengambil peluang ke atas gadis muda. Pening juga kalau difikirkan tentang Damia Zahra.  Maximo bukannya malaikat. Dia seorang lelaki muda yang normal.  Ada keinginan terhadap wanita tetapi dia tidak mahu mengambil kesempatan atas Damia Zahra kerana dia menghormati Zaril Ikhwan dan Nia Atirah.  Lagipun dia dan Damia Zahra bukannya ada apa-apa hubungan.

Tidak lama kemudian terdengar pintu pagar di buka.  Maximo menghampiri tingkap dan mengintai keluar.  Zaril Ikhwan sudah balik dari masjid setelah selesai sembahyang subuh.  Maximo segera beredar dari tingkap, takut-takut ditangkap sedang mengintai Zaril Ikhwan pulang dari Masjid. Dia duduk di sisi katil.  Tidak tahu apa yang harus dilakukan sementera menunggu hari  siang.  Hendak tidur balik pun tidak boleh.  Hendak keluar dari bilik, hari masih gelap.  Maximo memandang sekeliling bilik.  Tidak ada buku atau majalah yang boleh Maximo baca untuk menghilangkan kebosanannya.  Maximo duduk di sisi katil, tangannya membuka laci meja sisi katil.  Di dalam laci terdapat senaskah buku.    Maximo dapat agak buku itu ialah Quran. Bila dai perhatikan betul-betul ianya ialah quran terjemahan dalam bahasa Inggeris.  Maximo menghulurkan tangannya untuk menyentuh Quran tersebut tetapi tiba-tiba tangannya terketar-ketar. Maximo terhenti seketika. 

“I am not ready for this!”  Ujar Maximo dengan tegas pada dirinya sendiri.  “Stop it, Maximo!”

Maximo belum bersedia untuk semua ini.  Hanya kerana dia berada di rumah orang melayu, kampong melayu dan negeri dan Negara melayu yang berugama islam,  tidak bermakna dia harus biarkan dirinya terbawa-bawa sehingga mahu membaca al Quran.  Macam dirinya sudah di pukau.  Maximo kena kawal dirinya.  Dia tutup laci meja itu dengan segera.  Dia terus  baring semula di katil sambil cuba memejamkan matanya, paksa dirinya tidur semula sementara menunggu siang hari tiba.

*******************************8

“I heard that you are going to further your study in US?”  Soalan Maximo di tujukan kepada Damia Zahra.  Mereka sedang mengambil angin dengan bersjalan-jalan di tepi batas bendang.  Waktu pagi ini masih dingin lagi.  Matahari masih belum memancar sepenuhnya.  Bendang yang luas menghijau terbentang indah di sebelah kiri dan kanan mereka.  Damia Zahra mengetuk pintu Maximo pada pukul tujuh pagi untuk mengajak Maximo bersiar-siar di kawasan sekitar kampong sebelum mereka pulang.  Damia Zahra mahu Maximo menikmati keindahan sawah pagi yang menghijau sebelum mereka pulang pukul sepuluh nanti.   Manakala Damia Zahra pula hendak orang kampong nampak dia bersama dengan pemuda Italy yang kacak itu.  Mesti heboh satu kampong, cucu Puan Zainon dengan teman lelakinya melawat kawasan bendang.  Seronok bila memikirkan Damia Zahra  menjadi topik perbualan hangat pagi ini satu kampong.  Ada beberapa penduduk kampong yang sudah menegur, mengucapkan selamat pagi pada Damia Zahra dan Maximo pagi ini.  Sambil berjalan-jalan melihat kehijauan yang luasterbentang, mereka berbual-bual sama sendiri.

“Yes... but that is what my parents planned for me.  Not me?”  Jawab Damia Zahra acuh tidak acuh, menunjukkan yang dia tidak berminat untuk belajar di US.  Padahal sebelum ini beriya-iya benar dia hendak melanjutkan pengajian di luar Negara walaupun keputusannya bukanlah bagus sangat seperti Kak Yati atau Abang Daniel.  Bukannya Damia Zahra tidak pandai tetapi dia terlalu manja dan sentiasa dapat apa yang dia kehendaki.  Jadi Damia Zahra sering merasakan yang dia tidak perlu bersusah payah sangat. Lagipun kedua ibu bapanya mampu untuk menyara dia belajar hingga ke mana pun.

“Anyway which course you are taking actually...?”

“I don’t really know.. I just want something simple and not that hard.”

“Why then you need to go to US?  You want something simple, might as well you study locally.  It is cheaper.”  Ujar Maximo.  Dia berusaha bersungguh-sunnguh untuk masuk university dan demi untuk mendapat pekerjaan yang baik.  Kedua ibubapanya datang dari keluarga berpendapatan pertengahan.  Maximo kena bekerja sambil dia belajar untuk menampung perbelanjaan pengajiannya. 

“All in my family went to further their studies overseas.  So now it’s my turn.  Anyway my daddy can afford  it.   What else they want to do.  They have this education plan for me since I was small.  So it’s time to use it.” Jawab Damia Zahra dengan selamba.  Tidak sedikit pun rasa bersyukur dengan apa yang kedua ibu bapanya sudah rancang untuk dirinya.  Pada Damia Zahra, itu semua sudah tanggung jawab kedua ibu bapanya untuk sediakan bagi dirinya.

Bengang Maximo dengar kata-kata Damia Zahra itu.  “This is a spoiled kid!” Kata Maximo dalam hatinya.   Tetapi itu bukan masalah Maximo.  Maximo tidak ada kena mengena dengan Damia Zahra.  Hanya setakat Damia Zahra adalah sepupu pada Zaril Ikhwan dan Zaril Ikhwan adalah suami pada Nia Atirah.  Itu sahaja!  Jadi perbualan mereka itu Maximo anggap hanya untuk mengisi waktu yang terluang dan sekadar menunjukkan dia sebagai seorang budiman.  Kalau ikutkan hati malas dia hendak ikut Damia berjalan pagi ini dan mendengar perbualan seorang gadis mentah yang terlalu dimanjakan.

“Anyway..what course you will be taking in US university?”

“Maybe English.. or TESOL”

“Oh you want to become a teacher?”

“Not really... like I said I want the simplest possible and I just want to enjoy myself while I am in US.”  Jawab Damia Zahra.  “But who says I am going to US? Maybe I don’t event want to go anywhere but stay here in Malaysia.  Or maybe I want to go to UK or France.. I can visit you in Italy.”  Jawab Damia Zahra lagi, bersinar matanya dengan rasa cinta dengan Maximo.

Maximo  buat tidak nampak akan sinar mata Damia Zahra.  Dia terus Tanya soalan lain.

“Why taking it easy?  Why not doing Medicine?”

“No way!” Jawab Damia Zahra ringkas.

“Why don’t do something meaningful in your life.”

“Like what?  Teaching is also meaning full.  You help children to learn English.”

“Doing TESOL or TESL is good.  But you have no intention of becoming a teacher.  Anyway I know you are very smart, why you are not taking a other course that you really want to do, what you really want to be? A doctor, an engineer, a scientist, psychologist, environmentalist. You can help people.  Malaysia needs a lot of scientist and professionals, in fact  the world need more young and bright people like you.”

“What course did  you take last time?

“I took engineering course.”

“Really?  Why?”

“Because it’s my passion and I believe I can help people by becoming an engineer.  You should also do something which can help others.”

Damia Zahra terkebil-kebil memandang Maximo.  Kedua ibu bapanya tidak pernah cakap begitu dengan Damia Zahra.  Mereka ikut sahaja kehendak Damia Zahra.  Damia Zahra sendiri pun tidak pernah terfikir yang khidmatnya di perlukan.  Selama ini dia hanya fikir untuk berseronok sahaja.  Damia Zahra tidak pernah risau tentang wang ringgit sebab dia tahu kedua ibu bapanya mampu menyara dirinya dan sebenarnya mereka tiga beradik tidak perlu bekerja kerana kedua ibubapanya adalah orang berada.

“Actually I never thought of that.  I don’t even planned to work.  I only want to have a degree and enjoy myself studying overseas.”  Terang Damia Zahra dengan jujurnya.

Maximo memandang gadis yang 8 tahun lebih muda dari dirinya itu.  Mereka sedang berjalan balik ke rumah Puan Zainon.

“After that?  What are you going to do?”

“Get married and have kids?”  Jawab Damia Zahra.  Mereka sudah sampai di pintu pagar kawasan rumah.  Zaril Ikhwan dan Nia Atirah sedang duduk di wakaf, memerhatikan Damia Zahra dan Maximo masuk ke laman rumah Puan Zainon.

“Pergi ke mana DZ?” Soal Zaril Ikhwan sebaik sahaja Damia Zahra dan Maximo menghampiri mereka.

“Bawa Maxi tengok bendang.”  Jawab Damia Zahra.  Terangkat kening Zaril Ikhwan mendengar Damia Zahra menyebut “Maxi”.  Nia Atirah hanya mengangkat bahunya kemudian memberikan senyuman pada “Maxi”

“Do you enjoy your walk?” 

“Yes Nia, It is a very beautiful place.  I love to see miles and miles of the padi fields.

“You must be hangry after you walk.  Let’s have breakfast.  Wan is waiting for all of us.”  Ujar Zaril Ikhwan.  Maximo hanya menganggokkan kepalanya, lantas dia ekori Nia ATirah dan Zaril Ikhwan masuk ke dalam rumah, meninggalkan Damia Zahra.  Damia Zahra tengok sahaja mereka masuk ke dalam rumah.  Geram rasa dalam hatinya, Maximo terus ekor Nia Atirah, tidak pandang belakang sikit pun Damia Zahra yang tercegat di sisi wakaf itu.  Geram Damia Zahra juga singgah pada Nia Atirah.  Maximo nampaknya lebih suka berada dekat dengan Noa Atirah berbanding dengan dirinya. 

“Huhhhhh!” Damia Zahra mengeluh sendirian. Kemudian perlahan=lahan dia berjalan masuk ke dalam rumah, menyertai mereka bersarapan.  Kepalanya ligat merancang strategi baru.

****************************8

  “Assalamualaikum... “ Encik Zakuan memberi salam di pintu hadapan. Suasana keliling sunyi sepi. Mungkin kerana masih awal lagi. 

Tidak ada sesiapa yang menjawab salam ENcik Zakuan.

“Alah abang, kat belakang lah...Mesti dia orang tengah sarapan” Kata Puan Aina.  Terbau aroma nasi lemak yang di masak oleh Puan Zainon dan pembantunya.  Terasa kecur air liur sesiapa yang terhidunya.  Tanpa menunggu suaminya, Puan Aina terus ke pintu belakang dan masuk ke dalam dapur.

Betul tekaannya. Semua orang sedang bersarapan, termasuk Hazeril yang duduk sebelah Damia Zahra dan Maizara yang sedang di dukung oleh penjaganya. 

“Mummy...!”  Teriak Damia Zahra, terus bangun dan menerpa kea rah Puan AIna.  Semua orang menoleh kea rah Puan Aina.

“Daddy mana?” Soal Damia Zahra.

“Ada ...kejap lagi dia masuk.  Daddy bagi salam kat depan, tak ada sesiapa jawab. Patutlah semua tengah jamu selera dengan nasi lemak Wan.”  Kata Puan Aina.  Tanpa di pelawa dia terus duduk di kerusi yang sebelum ini di duduki oleh Damia Zahra.

“Hazeril?  Makan nasi lemak... ye..  Sedap tak?”  Soal Puan AIna.

“Sedap Wan Chu....”  Jawab Hazeril dengan penuh hormat.  Begitu comel sekali Hazeril.  Puan Aina teringat telatah  Zaril Ikhwan ketika dia berumur seperti Hazeril.  Memang rupa dan perangai Hazeril sebiji seperti Zaril Ikhwan.  Seorang anak yang comel dan baik.  Tidak dapat dia tahan dirinya, lantas dia cium  dahi Hazeril. 

“Sayang cucu nenek ni.”  Kata Puan Aina.

“Assalamualaikummmmm.” Kedengaran Encik Zakuan memberi salam.

“Walaikumussalam..”Semua orang kecuali Maximo menjawab salam Encik Zakuan.  Encik Zakuan terus masuk ke dapur.  Dicapainya kerusi lantas duduk di meja makan.  Encik Zakuan terus ambil pinggan dan cedok nasi lemak dan sambal tumis  ke dalam pinggan.   Puan Aina letakkan timun dan telur rebus ke dalam pinggan Encik Zakuan.   Tanpa berlengah lagi, Encik Zakuan makan nasi yang sudah terhidang di depan matanya.

“Kenapa ni Zakuan,  pagi-pagi dah sampai sini?”  Soal Puan Zainon.  “Takkan datang sebab hendak makan nasi lemak aje.”

 “Datang ni sebab budak DZ nilah emak. Urusan university dia belum selesai.  Minta Zaril tolong uruskan.”

“Iye ke.. ?  Apa lagi?” Soal Zaril Ikhwan.

“Toefl belum buat lagi.  Urusan VISA.”  Kata Encik Zakuan.

“Kenapa yang tak buata di sini? Kenapa kena Zaril yang buat?” Soal Puan Zainon.

“Ai... Ini hah cucu mak ni. Bukan nak balik rumah.  Suruh balik dia tak mau balik.  Hendak duduk di rumah Zaril juga.”

“Iye ke? DZ... pasal apa tak mau balik balik lagi.”  Soal Puan Zainon.

“Tapi tak mengapalah emak... Elok juga dia di rumah Zaril sebab minggu depan kami pun hendak ke sana ada urusan sikit. Lepas tu kita pergi ke Dubai  selama dua minggu.  Balik sekejap ke Malaysia, dalam dua minggu   baru kita akan pergi US sama dengan DZ, ada urusan di sana selama beberapa minggu sambil tengok DZ settle down di sana.”

“Huhhhh... kau orang pun sibuk memanjang.  Habis tu  urusan DZ ni macamana?”

“Tak mengapa Wan,  nantil Aril uruskan.”  Kata Zaril Ikhwan. Dia tidak ada masalah untuk menguruskan hal Damia Zahra.  Zaril Ikhwan senang dengan adanya Damia Zahra di rumahnya.  Teruatama sekali sejak Maximo berada di Malaysia sebab ke mana sahaja Damia Zahra akan menemani Nia Atirah apabila Nia Atirah berjumpa dengan Maximo.  Mungkin juga walaupun Zaril Ikhwan cuba mengawal perasaan hatinya,  tetapi sebenarnya jauh di sudut hati Zaril Ikhwan, ada perasaan cemburu terhadap Maximo.   Zaril Ikhwan memandang kea rah Nia Atirah, isteri kesayangannya. Nia Atirah tidak sedar apa yang terlintas di hati Zaril Ikhwan.  Nia Atirah hanya setuju dan menganggok setuju dengan kata-kata Zaril Ikhwan.  Nia Atirah juga senang dengan kehadiran Damia Zahra, pertamanya kerana Damia Zahra sayang dengan anak-anaknya dan Damia Zahra juga boleh menemaninya bila dia ada urusan terpaksa bertemu dengan Maximo. 

Damia Zahra diam sejak tadi rasa puas hati melihat persetujuan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah.  Bermakna kali ini dia masih dapat apa yang dia kehendaki.  Kedua ibu bapanya tidak paksa Damia Zahra duduk sahaja di rumah untuk urusan ke luar Negara.  Dia masih boleh ikut mereka semua balik ke Kuala Lumpur. Damia Zahra sudah pasang strategi untuk mendapatkan Maximo.  Dia kena bertindak segera.

                                                                                                                                                                                                                                                      

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ILM Bab 5


ILM Bab 5

Puan Zainon sangat gembira bila Zaril Ikhwan dan Nia Atirah pulang ke kampong kali ini.  Dia begitu rindu benar hendak bersama-sama dengan cucu dan cicit kesayangannya.  Kalau boleh dia mahu mereka selalu pulang ke kampong tetapi apakan daya, Zaril ikhwan sibuk dengan kerjanya.  Puan Zainun lebih gembira lagi kerana Zaril Ikhwan dan Niat Atirah membawa pulang Maximo bersama.  Puan Zainun sudah selalu dengar cerita tentang Maximo sehingga dia rasa dia kenal baik dengan Maximo.  Akhirnya dapat juga dia bertemu dengan Maximo, lelaki Italy yang yang menjadi kawan baik Nia Atirah semasa Nia berada di Italy.  Nasib Baik Nia ada Maximo bersamanya sebagai sahabat.  Maximo juga baik terhadap cicitnya Hazeril.  Hasrat Puan Zainon hendak bertemu Maximo dan mahu mengucapkan terima kasih kepada Maximo akhirnya tercapai juga.

Sebaik sahaja sampai di halaman rumah Puan Zainun, Hazeril menarik tangan Maximo dan membawa Maximo ke rumah Puan Zainon, sambil memanggil-manggil nama Wan.  Hazeril tidak sabar mahu menunjukkan kawannya dari Italy kepada Puan Zainun.  Zaril Ikhwan yang mendukong Maizara, tersenyum sambil memandang ke arah Nia Atirah.  Nia Atirah juga tersenyum melihat gelagat anak sulongnya itu.  Walaupun masih kecil ketika mereka berpisah dua tahun lepas, Hazeril tidak lupa dengan Maximo dan persahabatannya dengan Maximo. 

Maximo terlalu baik kepada mereka berdua beranak.  Semasa Nia Atirah di Turin, Maximo sentiasa mengambil berat tentang Nia Atirah dan Hazeril, malahan Maximo sememangnya berhasrat untuk mengahwini Nia ATirah dan menjadi bapa kepada Hazeril.  Maximo sangat mencintai Nia Atirah dan ternyata akhirnya cintanya itu juga membuatkan dia melepaskan Nia Atirah untuk bersama dengan orang yang Nia Atirah  cintai.   Maximo yang telah menyatukan Zaril Ikhwan dan Nia Atirah.  Kalau tidak kerana Maximo, entah-entah Nia Atirah masih lagi di Turin, hidup sendirian bersama dengan Maizara dan Zaril Ikhwan di Malaysia bersama Hazeril. Masing-masing terpisah jauh dari orang yang mereka cintai dan merana.

Seorang yang begitu baik hatinya dan tidak mementingkan dirinya sendiri yang sanggup berbuat seperti Maximo telah lakukan, haruslah dihargai persahabatannya.  Sebab itu walaupun kadang-kala terasa ada perasaan cemburu di hati Zaril Ikhwan bila melihat bagaimana wajah Maximo menjadi berseri bila dia terpandang wajah Nia Atirah, Zaril Ikhwan tetap menyimpan perasaan cemburunya itu jatuh ke dalam lubuk hatinya.  Sesungguhnya mana mungkin seorang suami yang terlalu mencintai isterinya tidak merasa cemburu bila  ada mengetahui ada lelaki lain yang juga mencintai isterinya.  Tetapi Zaril Ikhwan tahu yang Nia Atirah sangat mencintai dirinya dan sangat setia kepadanya.  Kalau Nia Atirah hendakkan Maximo, sudah lama dia pilih Maximo, bukan sekarang ini.  Kalau Maximo boleh dapatkan Nia Atirah, sejak Nia Atirah berada di Turin lagi, Maximo sudah boleh dapat Nia Atirah.  Ketika itu Nia Atirah hidup keseorangan bersama Hazeril,  dalam serba kekurangan.  Kehadiran seorang lelaki kacak yang sangat mencintainya seperti Maximo untuk mengisi kekosongan hati Nia Atirah  mestilah sesuatu yang dinanti-nantikan.  Tetapi tidak pada Nia Atirah.  Hatinya hanya pada Zaril Ikhwan.  Selama mereka berpisah, Nia Atirah tetap menjaga dirinya sebagai seorang wanita yang bersuami dan menjaga permata hatinya Hazeril Ikhwan dengan baik.  Sebab itu, Zaril Ikhwan buang jauh-jauh perasaan cemburu di hati, malahan kadang-kala Zaril Ikhwan rasa bangga.   Maximo memang lelaki yang sangat kacak, mencintai Nia Atirah, tetapi Nia Atirah hanya mencintai Zaril Ikhwan.  Siapa yang lebih bertuah?  Mestilah Zaril Ikhwan yang lebih bertuah.  Dengan mengetahui kenyataan itu, Zaril Ikhwan dapat menerima persahabatan baik antara Maximo dengan Nia. Zaril Ikhwan menaruh kepercayaan kepada kesetiaan Nia Atirah dan juga Maximo. 

Perhatian Zaril Ikhwan kemudiannya  dituju ke arah  Damia Zahra.  Zaril Ikhwan lihat Damia Zahra  mengekori Maximo dari belakang.  Muka Damia Zahra nampak berseri-seri memandang Maximo yang berjalan di hadapannya, sedang memasuki rumah Puan Zainon.  Zaril Ikhwan mengerutkan dahinya, baru dia perasan, sejak dari pagi tadi, Damia asyik mengekori Maximo sahaja.  Malahan bila mereka berhenti makan tengahari di R & R Tapah, Damia Zahra asyik menghimpit Maximo sahaja.  Bila duduk makan pun, Damia Zahra  duduk sebelah Maximo dan duduk rapat-rapat dengan Maximo.  Wajahnya begitu berseri memandang Maximo, mendengar setiap patah perbualan Maximo.   Bila mereka berhenti di kawasan R&R Gurun pun, Damia Zahra mengekor ke mana sahaja Maximo pergi.  Cuma yang Damia tidak ikut hanyalah mengikut Maximo masuk ke dalam bilik air.  Selepas itu bila duduk makan pun, dia duduk dekat-dekat dengan Maximo.

Zaril Ikhwan mengeleng-gelengkan kepalanya.  Dia tidak perasan selama ini,  rupa-rupa Damia Zahra sudah buat hal sekali lagi.  Kini objek pujaannya bukan lagi artis atau bintang sukan.  Kali ini idolanya ialah Maximo.  Zaril Ikhwan pernah jadi idola pujaan Damia Zahra satu ketika dahulu. Tapi  ketika Damia Zahra masih kecil, tidak mengapalah kalau dia ikut sahaja idola pujaannya dengan wajah penuh kasih sayang. Masa itu cute sangat rupa Damia Zahra dan semua orang suka dengan gelagatnya.  Bila  Damia Zahra menyatakan kepada semua orang yang dia akan kahwin dengan Zaril Ikhwan bila dia dewasa nanti, semua orang ketawa dan menganggap Damia Zahra begitu comel sekali.  Tetapi sekarang,  Damia Zahra sudah berumur sembilan belas tahun, perasaan cinta monyetnya itu bukan sesuatu yang cute lagi tetapi sesuatu yang harus diawasi.  Damia Zahra sudah dewasa dan sudah boleh kahwin. Dia tidak boleh berkelakuan seperti anak-anak lagi.  Zaril Ikhwan harap Damia Zahra dapat kawal perasaan cinta terhadap maximo.  Selalunya Damia Zahra tidak dapat berbuat demikian.  Oleh kerana dia cantik, Damia selalu rada dia akan dapat apa yang dia hendak.  Dia akan kejar Idolanya sehingga dia jatuh cinta dengan orang lain pula.  Sekarang ini objek yang menjadi tumpuan Damia Zahra, ialah Maximo.   Macamana agaknya Maximo menangani cinta monyet Damia Zahra.

Zaril Ikhwan memerhatikan Damia Zahra masuk ke dalam rumah, selepas Maximo.  Puan Zainon menunggu mereka di muka pintu.  Kelihatan Damia Zahra menyapa dan kemudian memeluk neneknya, selepas Maximo. 

“Apa yang Abang geleng-geleng kepalanya ni?” Soal Nia Atirah, dia menghampiri Zaril Ikhwan, mengambil Maizara dari dukongan Zaril Ikhwan.

“Tak ada apa-apa, Sayang.” Jawab Zaril Ikhwan.   Zaril Ikhwan senyum memandang wajah Nia, kemudiannya memeluk  bahu Nia Atirah dan sama-sama mereka berjalan menuju ke rumah Puan Zainon.

********************************8

Damia bersungguh-sungguh mahu membuat Maximo rasa selesa di rumah neneknya.  Dia cuba menjadi ‘the perfect host’ kepada Maximo.  Tidak mahu buat Maximo rasa kekok berada di rumah Puan Zainon.  Maklumlah inilah pertama kali Maximo tinggal bersama keluarga orang melayu. Mesti Maximo tidak biasa dengan masakan orang melayu.  Memang Nia Atirah dan Puan Zainon menyediakan makanan yang sesuai untuk selera Maximo tetapi mesti Maximo rasa canggung juga.  Sebab itu Damia Zahra mesti buat Maximo seselesa mungkin. 

“Lagipun Maximo kena biasa-biasakan diri duduk di rumah Wan.  Esok bila mereka sudah berkahwin, kena juga mereka balik kampong selalu terutama sekali waktu raya!”  Kata Damia Zahra pada dirinya sendiri.  :Kena biasa makan ketupat dan rendang.  Tersenyum Damia Zahra bila dia fikirkan ketika dia dan Maximo balik kampong sebagai sepasang suami isteri nanti.  Mesti orang kampong heboh berceritakan cucu Puan Zainon yang kahwin dengan lelaki Itali yang kacak.  Mesti Damia Zahra menjadi menjadi sebut-sebutan dikalangan penduduk kampong nanti.  Damia Zahra memeluk bantal panjang sambil tersenyum sendirian.

“DZ… Buat apa tu?  Dah siap ke?”  Panggil Nia Atirah di pintu bilik Damia Zahra.  Mereka semua menunggu DZ turun ke bawah sejak tadi lagi.  Mereka mahu membawa Maximo berjalan-jalan ke Kuala Perlis.  Sengaja mahu membawa Maximo mengambil angin laut sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur pada esok hari.   Setelah menunggu beberapa ketika akhirnya Zaril ikhwan minta Nia Atirah naik ke atas rumah dan tengok apa yang berlaku pada Damia Zahra. “Entah apa yang dia buat tu?  Tak siap-siap lagi.” 

Lantas Nia Atirah naik ke atas rumah untuk memanggil Damia Zahra turun.  Selepas makan tengahari tadi, mereka semua telah buat rancangan untuk pergi jalan-jalan tengahari ini.  Sepatutnya mereka semua siap sedia untuk keluar pada pukul 2.30 petang.  Apa agaknya yang Damia Zahra buat sehingga sekarang belum keluar-keluar lagi dari biliknya.  Sejak akhir-akhir ini Nia Atirah dapati Damia Zahra seperti dalam awang-awangan.  Damia macam berada di langit ke tujuh,  bukannya di bumi nyata.  Setiap masa Damia seperti sedang berangan-angan.  Agaknya begitulah gelagat anak-anak muda ini.  Waktu inilah mereka sibuk bercinta atau berangankan masa depan.  Lagipun gadis mewah seperti Damia Zahra tidak perlu risaukan tentang apa-apapun bukan mcam Nia ATirah ketika berumur Sembilan belas tahun.  Teringat Nia ATirah sepuluh tahun yang lalu, ketika dia berusia seperti Damia Zahra.  Begitu banyak perkara yang Nia ATirah terpaksa fikirkan.  Dia dapat sambung belajar kerana kegigihan arwah emaknya yang mahu Nia Atirah masuk universiti dan menjadi orang yang berpelajaran. EMaknya tidak mahu Nia Atirah mendapat nasib seperti dirinya. Terpaksa membanting tulang sehingga tua.  Nia Atirah juga  bernasib baik kerana dapat biasiswa untuk belajar.  Tetapi itu tidak juga membuat Nia Atirah lepas dari tanggungjawabnya untuk menjaga adik-adik dan juga arwah emak.  Nia Atirah terpaksa mengikat perut semasa dia belajar di Universiti kerana tidak mahu menyusahkan emak.  Lagipun ketika itu perangai buruk ayahnya makin menjadi-jadi sehingga mengabaikan mereka semua.  Nia Atirah terpaksa membantu emak setiap kali dia pulang bercuti. 

Sama sekali kehidupan Nia Atirah tidak sama langsung dengan kehidupan Damia Zahra yang hidup dalam serba kemewahan.  Sekarang ini semua perancangan telah di buat untuk Damia Zahra melanjutkan pelajarannya di luar Negara.  Damia Zahra hanya perlu cakap sahaja dimana dia mahu belajar, di UK, Australia, Paris  atau US,  semuanya akan di aturkan oleh Encik Zakuan.  Dengar-dengar cerita, sekarang ini Encik Zakuan sedang buat persiapan utnuk menghantar Damia Zahra belajar US.  Sengaja mencari variasi kerana Yati belajar di UK, Daniel belajar di Australia, giliran Damia Zahra pulak ke US.  Semuanya kini menunggu Damia Zahra buat pilihan.  Damia Zahra pula lebih cenderung hendak ke UK, sebab ramai kawan-kawannya belajar di sana.  Itulah kelebihan orang kaya raya seperti keluarga ENcik Zakuan.  Dengan wang, mereka boleh bat apa sahaja.  Damia Zahra pun sebagai anak bungso, agak manja orangnya. Maklumlah selama ini semua kemahuannya akan di turuti oleh kedua ibu bapanya.   Bila sudah besar panjang begini, bukan mudah hendak dikongkong lagi, semua kemahuannya mesti dia dapat.   Nia Atirah berharap agar kedua anak-anaknya Hazeril dan Maizara nanti akan besar menjadi orang yang lebih rasonal, tidaklah manja sangat walaupun walaupun  mereka berdua suami isteri sangat sayang kepada mereak berdua dan  mampu untuk memberikan segala kemewahan kepada Hazeril dan Maizara.

Damai Zahra buka pintu biliknya, tersengeh-sengeh kerana malu, kantoi sedang berangan tentang Maximo.  Sudah Jauh angan-angan Damia Zahra terhadap Maximo.  Dia sudah angan-angankan yang Maximo sudah jadi miliknya dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi.  Kalau dia dapat Maximo, Damia Zahra akan membatalkan rancangannya untuk belajar keluar Negara sehinggalah Maximo pulangke Italy.  Atau dia boleh minta agar dapat belajar di Perancis, Jerman atau mana-mana Negara yang berdekatan dengan Italy atau belajar di Italy. Dengan itu dia akan dekat dengan suaimnya Maximo...Seronoknya Damia Zahra berangan tentang masa depannya.  Satu Impian yang sangat membahagiakan dan Damia Zahra pasti impian itu akan menjadi kenyataan.  Damia Zahra seorang gadis yang begitu optimistic.  Sepanjang hidupnya dia sentiasa dapat apa yang dia inginkan.  Dia telah dimanjakan oleh keluarga kerana dia anak bungso dalam keluarga yang kaya. Sebab itu dalam hal memiliki Maximo, Damia Zahra dapat rasakan dia akan miliki lelaki itu juga walau macamana cara pun.  Cuma lambat atau cepat sahaja.  Selama  ini Damia Zahra buat-buat cool sahaja, tetapi kini sudah tiba masanya untuk dia cuba mendapatkan Maximo.  DIa akan cuba habis-habisan, tidak kira apacara pun.

“I will get him!”

“Apa yang DZ buat dalam bilik tu?  Kita sudah hendak jalan ni.  DZ tak mau ikut ke?”  Soal Nia Atirah. 

“Eh..nak ikut. Siapa kata DZ tak nak ikut.”  Soal Damia Zahra kembali.

“Tak adalah...ingatkan DZ penat. DZ nak take a nap dulu ke?”

“Tak delah...?  Hazeril dan Zara ikut tak Kak Nia?”  Soal Damia Zahra.        

“Dia orang sedang rehat DZ,  Biarlah dia orang tidur.  Dia orang penat sangat nampaknya.  Lagipun bila dia jaga nanti, Bibik ada untuk jaga dia orang.”

Seronoknya Damia Zahra dengar Hazeril dan Zara tidak ikut serta.  Bukannya sebab Damia Zahra tidak suka dengan mereka berdua.  Damia Zahra sayang sangat dengan kedua kanak-kanak itu tetapi   bila kedua kanak-kanak itu tidak ada, bermakna dia dan maximo akan duduk berdua-duaan sahaja di belakang.  Boleh dia duduk rapat-rapat dengan Maximo.  Makin lama Damia Zahra sudah rasa tidak boleh jauh-jauh dari Maximo.  Kalau boleh hendak berkepit sahaja dengan Maximo ke mana sahaja Maximo pergi. 

 Damia Zahra pasti, makin dia rapat-rapat dengan Maximo, lama kelamaan Maximo mesti akan akan  makin tertawan dengan kecantikan dirinya. Mana ada orang lelaki yang tidak terpikat dengan Damia Zahra sebelum ini.  Damia Zahra mempunyai ramai peminat sejak dia di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.  Sememangnya  Maximo ini agak liat sikit untuk jatuh hati dengan Damia Zahra lagi tetapi Damia Zahra tahu, Damia Zahra yakin, tidak lama sahaja lagi Maximo akan jatuh hati dengan dirinya dan lelaki itu akan memuja dirinya.  Damia Zahra hanya perlu memecahkan benteng pertahanan Maximo.  Sebelum ini Maximo hanya nampak Nia Atirah, tidak lama lagi hanya Damia Zahra sahaja yang akan ada dalam hati Maximo. 

“Bila mereka hendak kahwin nanti, mesti Maximo kena memeluk Ugama Islam.  Macamana agaknya nanti.  Mahu ke Maximo tukar ugama?  Damia Zahra mula terfikir. 

“Ah...for the sake of love!  He will do it!” ujar Damia sendirian.  Untuk berkahwin dengan Damia Zahra,  mesti Maximo sanggup untuk menukar ugamanya.   Damia Zahra ialah seorang gadis yang special dan cantik. “ Tidak ada sesiapa yang boleh tolak Damia Zahra!”    Dia  tersenyum sendiri sambil mengikut Nia Atirah turun dari rumah menuju ke arah kereta di mana  Zaril Ikhwan dan Maximo sedang menunggu dengan sabar.

*************************************8

Kalau tidak kerana kelakuan Damia Zahra,  pengalaman balik ke kampong Zaril Ikhwan dan Nia Atirah adalah satu pengalaman yang  sangat menarik bagi Maximo.  Zaril Ikhwan dan Nia ATirah sempat juga membawa Maximo berjalan-jalan ke beberapa tempat menarik di Perlis seperti “Taman Ular dan reptilia, Muzeum Kota Kayangan, Pasar Ahad Wang Kelian, Gua Kelam. Walaupun Perlis ialah sebuah negeri yang kecil tetapi terdapat juga beberapa tempat menarik di sini.  Hari ini mereka hendak membawa Maximo berjalan-jalan di persisiran pantai, hendak menghirup udara pantai dan makan makanan laut.  Ada sahaja makanan yang hendak di perkenalkan kepada Maximo.

Sudahlah Nia Atirah dan neneknya telah asyik menjamu Maximo dengan perbagai jenis makanan masakan melayu.  Bila mereka  bawa keluar, ada sahaja makanan yang hendak mereka suruh Maximo cuba.  Manakala Maximo pula mendapati bahawa hampir semua makanan melayu kena dengan seleranya.  Cuma Nia Atirah sahaja yang  takut Maximo tidak tahan makan pedas.  Macam Nia Atirah tidak tahu, makanan bercili  bukan sesuatu yang Maximo tidak pernah makan.  Di Italy juga mereka ada makanan yang dimasak dengan cili. Tetapi Maximo sedar Nia ATirah memang sentiasa menjaga kebajikan Maximo.   Kadang kala Maximo macam Hazeril pulak dibuat oleh Nia Atirah.  Dalam pada itu juga Maximo sebenarnya suka dengan perhatian yang diberikan oleh Nia Atirah terhadap dirinya.  Sekurang-kurangnya Maximo tahu Nia Atirah sayang dengan dirinya walaupun Nia Atirah tidak mencintai dirinya.

Yang buat Maximo kurang selesa ialah perubahan kelakuan Damia Zahra sejak akhir-akhir ini. Nampaknya dia kini jadi lebih berani.  Damia Zahra sentiasa mengekori Maximo dan akan duduk rapat-rapat dengan Maximo.  Ke mana sahaja Zaril Ikhwan dan Nia Atirah bawa Maximo melawat, Damia Zahra akan ikut serta dan begitulah perangai Damia Zahra kini.  Walaupun Maximo seorang berbangsa Italy dan selalunya mereka tidak segan silu untuk memeluk dan mencium kenalan wanita tetapi Maximo agak segan dengan Nia ATirah dan juga Zaril Ikhwan.  Maximo yang mengenali Nia ATirah sebelum ini tahu bagaimana Nia Atirah menjaga adab sopannya bila dia bersama lelaki lain yang tidak ada kaitan persaudaraan.  Maximo tidak mahu Nia ATirah dan Zaril Ikhwan ingat  Maximo yang sengaja menyentuh Damia Zahra, sengaja cari peluang hendak rapat-rapat dengan Damia Zahra.   Maximo tidak dapat elak, sebab kadang-kala Damia Zahra terlalu rapat dengan dirinya.  Damia Zahra sedang mengoda  Maximo secara terang-terangan. Mungkin Damia Zahra rasa yang dia telah jatuh cinta dengan Maximo dan sedang cuba hendak mendapatkan perhatian Maximo.  Kalau benar apa yang  Maximo  sangka,  Maximo harap perasaan yang Damia Zahra alami itu hanya sementara dan Damia Zahra akan dapat kawal perasaannya.  Maximo tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Damia Zahra, dia hanya melayan Damia Zahra dengan baik kerana dia adalah saudara Nia Atirah.  

Walaupun Maximo pernah  jatuh cinta Nia ATirah, bukan bermakna Maximo juga akan jatuh cinta dengan Damia Zahra, hanya kerana Damia Zahra saudara Nia Atirah. Saudara melalui perkahwinan pulak tu, Damia sepupu Zaril Ikhwan, bukan sepupu Nia ATirah pun!  Memang di akui Damia Zahra cantik dan tubuh badannya begitu menarik sekali.  Lagipun perangai Damia Zahra tidak sama langsung dengan Nia Atirah.  Nia Atirah seorang yang begitu manis sekali, pendiam orangnya tetapi bila sudah menjadi kawan Nia ATirah begitu ramah dan baik sekali orangnya.  Manakala Damia Zahra terlalu berani orangnya. Maximo agak Damia Zahra seorang yang popular sejak zaman sekolah lagi dan nampak seperti dia sudah biasa dapat apa yang dia hendak.  Menurut Nia Atirah, Damia Zahra anak seorang yang kaya.  Patutlah Damia Zahra  begitu orangnya.  Dia ialah seseorang yang sudah terlalu dimanjakan oleh semua orang terutama sekali kelaurganya.    Semasa dalam perjalanan ke Perlis mereka singgah di rumah ibu bapa Damia Zahra Alor Star.  Dengan melihat rumah kedua ibu bapa Damia Zahra sahaja, nyata sekali Damia Zahra  berasal dari keluarga yang kaya raya. Tidak hairanlah Damia Zahra begitu perangainya.  Malahan bila kedua ibu bapanya, ENcik Zakuan dan Puan Aina suruh Damia Zahra duduk sahaja di rumah mereka, tidak perlu ke Perlis. Mereka mahu Damia Zahra berada di rumah kerana mahu uruskan tentang pemergian Damia Zahra ke  US.  Tetapi Damia Zahra enggan.  Puas di pujuk pun, dia tidak mahu dengar.  Katanya dia mahu bertemu dengan wan. Dia tidak ada masa lain  AKhirnya kedua ibu bapanya terpaksa mengalah dengan kehendak Damia Zahra.  Terbukti sungguh  Damia sudah biasa dimanjakan oleh mereka, maklumlah Damia Zahra anak bungsa dalam keluarga mereka dan sudah biasa hidup dalam keadaan mewah.  Bukan macam Maximo yang berasal dari keluarga yang serba sederhana di Itali.  Bukan juga seperti  Nia Atirah yang  berasal dari keluarga susah. Mereka susah kerana perangai bapanya yang suka berjudi dan perempuan.  

Semalam  Maximo sempat dibawa melawat ke rumah Ani, adik Nia Atirah yang duduk berdekatan dengan rumah Puan Zainon.  Disinilah Nia Atirah membesar sebelum ini.  Keluarga kecil yang  sederhana.  Menurut Nia Atirah kehidupan adiknya Ani sudah bertambah baik. Walaupun tidak berpelajaran tinggi tetapi Ani bernasib baik kerana berkahwin dengan Sazali seorang anak muda yang rajin berusaha dan pandai berniaga.  Ani juga sudah ada perniagaannya sendiri, perusahaan membuat kerepek. Bijak juga kedua suami isteri itu, sebagai peraih hasil tanaman penduduk kampong seperti pisang, ubi, keladi. Mereka mengembangankan lagi perniagaan dengan berkecimpung dalam bidang perusahaan membuat kerepek.   Rumah keluarga Nia yang asal pun nampaknya sudah dibesarkan oleh Ani dan suaminya.  Tetapi nyata kehidupan Nia jauh lebih mewah dari kehiduoan ANi di kampong. Walau bagaimanapun  kata Nia Atirah.. kehidupan Ani dan keluarganya jauh lebih baik dari kehidupan mereka adik beradik semasa kecil-kecil dahulu.  Dapat Maximo bayangkan susah betul kehidupan Nia ATirah pasa satu ketika dulu.    Maximo juga dapati ada seorang lelaki yang sudah berusia berada di rumah Ani.  Lelaki itu tidak banyak bicara, bila Nia Atirah dan Zaril Ikhwan sekeluarga datang bersama Maximo dan Damia Zahra, lelaki itu macam mahu melarikan diri dari mereka semua.  Dia macam segan untuk berhadapan dengan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan.  Tetapi Nia Atirah dan Zaril Ikhwan tetap bersikap baik dengan lelaki tersebut.  Cuma tidak banyak perkara yang dapat mereka bualkan kerana Encik Adnan tidak mahu bercakap banyak dengan mereka. Nasib baik ada Hazeril yang  mengurangkan ketegangan suasana dengan celotehnya dan persoalannya yang tidak henti-henti ditujukan kepada datuknya.  Setelah melayan Hazeril beberapa ketika, Encik Adnan meninggalkan mereka semua untuk ke masjid bagi menunaikan sembahyang asar.

“My father is a very reticent man.  He spend most of his time at the mosque...” terang Nia Atirah kepada Maximo,takut Maximo hairan dengan kelakuan ayah mereka. 

   Maximo hanya menganggok menunjukkan dia faham dengan keadaan orang-orang tua. Maximo juga mempunyai ramai pak cik-pakcik dan makcik-makcik yang telah berusia dan dengan berbagai macam perangai.

“The mosque is quite near our house.” Terang Nia lagi.  Maximo terus menganggok.  Selepas minum petang, mereka semua pulang ke rumah Puan Zainon dengan berjalan kaki sambil menikmati suasana desa dan menghirup udara bersih.  Sememangnya mereka jauh dari kesesakan Bandar Kuala Lumpur.  Maximo begitu terpikat dengan keindahan desa tempat kelahiran Nia Atirah. 

Sepertimana dia terpikat dengan  kawasan persisiran pantai Kuala Perlis  yang mereka sedan lawati sekarang.    Zaril Ikhwan telah bawa mereka makan makanan laut berhampiran dengan pantai.  Ikan bakar dan masakan Thai yang terkenal dikawasan Kuala Perlis.  Semuanya memikat selera Maximo, walaupun Nia Atirah asyik risau sama ada Maximo boleh makan makanan yang pedas.   

Kemudian mereka berjalan-jalan di pingiran pantai, menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat.  Keindahan begitu indah sekali, terutama sekali permandangan masjid terapung Kuala Perlis yang tersergam indah.  Dari jauh kelihatan cahaya lampu yang mula di pasang dalam masjid tersebut.  Angin pantai bertiup lembut dan kedengaran desir ombak yang memukul pantai. Damia Zahra berjalan hampir dengan Maximo, sekali sekala, bila terpijak batu besar, dia hilang keseimbangan, terpkasa  Maximo memegang tangannya kerana takut Damia Zahra jatuh.  Setiap kali Maximo memegang tangan Damia Zahra, dia tersenyum malu.  Damia Zahra gadis yang begitu ayu sekali.  Satu hari nanti ada jejaka yang akan jatuh cinta dengannya dan sanggup sehidup semati dengan gadis itu tetapi jejaka itu bukan Maximo.  Pada Maximo Damia Zahra terlalu muda buat dirinya.

Maximo ada matlamat lain yang dia harus capai sekarang ini dan ianya bukan untuk mendapatkan Damia Zahra. 

Tiba-tiba kedengaran suara azan berkemandang dari Masjid terapung, Kuala Perlis.  Terasa begitu merdu sekali bunyi azan itu di tambah pula dengan keindahan senja yang sedang kemerah-merahan.  Maximoa rasa seperti ada sesuatu yang membuka pintu hatinya, dingin terasa bila dia mendengar suara azan itu. Keadaan begitu syahdu sekali.  Tiba-tiba Zaril Ikhwan terhenti.

“Mari kita ke masjid.  Boleh kita sembahyang maghrib di situ.”  Saran Zaril Ikhwan.  Nia Atirah  menganggok kepalanya dan menolah kea rah Maximo.

“You don't mind don’t you.  Waiting for us, while we perform out maghrib prayer.”  Soal Nia ATirah.

“No problem... I don;t mind waiting.  I  am hoping, I can visit the mosque,  I am sure it is beautiful.”  Jawab  Maximo.

“Don;t worry...I can wait with you while they pray.” Kata Damia Zahra, terus memeluk lengan Maximo dan  berjalan ke arah kereta Zaril Ikhwan, meninggalkan Zaril Ikhwan dan Nia ATirah yang terpinga-pinga melihat keberanian Damia Zahra. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS