Cinta Untuk Maximo Bab 10
9:23 AM |
Cinta Untuk Maximo Bab 10
“So... when will you go to US?” Soal Maximo. Maximo dan Damia Zahra keluar makan malam di KLCC. Hasil dari pujukan Damia Zahra, akhirnya berjaya juga Damia Zahra ajak Maximo keluar makan bersama-sama malam itu. Sebenarnya Maximo tidak mahu keluar malam ini kerana dia rasa tidak begitu sihat. Tetapi Damia Zahra paksa Maximo keluar dengannya.
Lagipun Damia Zahra ada alasan baik kenapa dia kena bawa Maximo keluar makan. Dia tidak mahu Maximo keluar clubbing dengan perempuan asing yang datang ke apartment mereka petang tadi.
“I don’t know. Maybe I just won’t go. I’d like to stay here for a while.” Damia Zahra menjawab Soalan Maximo, sambil bermain-main dengan straw di gelas minumannya, kemudian dia sedut air dari straw tersebut sambil menjeling kea rah Maximo. Dia hendak lihat bagaimana reaksi Maximo bila dia beritahu yang dia tidak mahu ke US. Adakah Maximo akan lega atau suka hati bila dengar Damia Zahra akan tetap bersamanya di sini? Maximo hanya nampak terkejut dengan apa yang Damia Zahra katakan.
“Why... ? Education is very important.”
“I don’t feel like going far away. I kinda like it here.”
“You don’t want to go to to US? You don’t want to study in US”
“Welll....Maybe I don’t want to study overthere.” Entah-entah Damia Zahra tak mahu belajar langsung. Kalau dia sudah kawin Maximo, buat apa Damia Zahra hendak belajar teruk-teruk lagi. Damia Zahra hendak menjadi isteri sepenuh masa untuk Maximo, menjaga makan minum suaminya yang tercinta, mengemas rumah dan menjaga anak-anak mereka berdua. “ALangkah bahagianya.” Ujar Damia Zahra. Tidak sedar dia cakap angan-angannya kuat-kuat sehingga didengari Maximo.
“What did you say?” Tanya Maximo.
“Oh...” Damia Zahra termalu-malu sendiri. Kantoi dengan Maximo. “I said I want to be near...”
“Near? Near to whom?” Maximo mengerutkan dahinya. “Your parents are always traveling. They can always visit you.”
“ I don’t know. Actually....... I don’t feel like studying anymore. I just want to rest for a while and then go ahead with my life.”
“Why not... Education is important.”
“I don’t want to work. I don’t need to work.” Kata Damia Zahra. Maximo tak faham-faham lagi ke? Damia Zahra hanya hendak bersama Maximo buat selama-lamanya.
Maximo mengeleng-gelengkan kepalanya. Damia Zahra seorang anak gadis yang terlalu dimanjakan. Pada umur yang terlalu muda, dia sudah tidak mahu belajar. Alangkah ruginya.
“It’s a waste. You are a smart girl. With a good education, you can have a good career.”
“I am not interested to have a career. I just want to get married, stay at home, be a wife and take a good care of my husband and my children.” Jawab Damia Zahra dengan selamba, matanya tepat memandang mata Maximo. Kalau selepas apa yang Damia Zahra cakapkan itu, dengan pandangan mata yang penuh bermakna, Maximo tidak faham-faham lagi maksud Damia Zahra, entah bagaimana lagi hendak Damia Zahra katakan. Kena cakap terus terang sahajalah nampaknya. Baru mamat Italy ini akan faham agaknya.
“Oh...” Maximo tidak terkata apa-apa. Pandangan mata Damia Zahra mempunyai makna. Maximo tidak mahu menterjemahkan maksud pandangan mata Damia Zahra itu. Apa yang Damia Zahra ingin nyatakan dengan pandangan matanya yang cantik menawan itu, tidak mahu Maximo fahami. Maximo tidak mahu terjebak dengan gadis remaja seperti Damia Zahra. Lagipun dia sudah bercadang hendak rapat-rapat dengan Parvin atau Houri. Mereka berdua lebih sesuai untuk Maximo. Maximo hanya melayan Damia Zahra kerana sayangnya pada Nia Atirah. Sekarang ini kalau boleh Maximo hendak suruh Damia Zahra keluar dari rumahnya tetapi Damia Zahra hanya mahu buat Nia Atirah gembira. Jadi, Maximo tidak sampai hati hendak suruh Damia Zahra keluar dari rumahnya. Lagipun Damia Zahra bukan nya bermalam di rumahnya. Selepas mereka selesai makan malam nanti, Damia Zahra akan pergi ke rumah kawannya seperti semalam. Damia Zahra Cuma menumpang pada waktu siang. Kalau tidak salah Maximo, hanya tiga empat hari sahaja lagi Zaril Ikhwan akan balik. Jadi Maximo hanya kena bersabar. Damia Zahra nampaknya beriya-iya hendak memujuk Maximo agar membenarkan dia tinggal di situ. Dia bersihkan apartment Maximo, buatkan sarapan dan minuman petang. Walaupun air yang Damia Zahra sediakan tidak seperti mana yang Maximo suka atau bukan sepertimana Nia ATirah buatkan, tetapi Maximo kena hargai juga usaha Damia Zahra. Maximo tahu Damia Zahra bukan pernah buat kerja dapur. Semua di rumahnya di sediakan oleh pembantu rumah. Damia anak orang kaya yang terlalu di manjakan. Damia Zahra juga tidak perlu bekerja keras, bukan seperti Maximo dan juga Nia Atirah.
“Oh... no comment? Only Oh....?” Soal Damia Zahra, matanya besar menanti jawapan dari Maximo. Wajahnya seperti anak patung yang comel. Bulu matanya panjang dan lentik menghiasi matanya yang besar. Pipinya bak pauh di layang, bibirnya mekar, kemerah-merahan walaupun tidak bergincu. Hidungnya yang terletak menghiasi wajahnya yang cukup sempurna. Mesti ramai lelaki yang terpikat dengan gadis yang hadapannya itu. Kata Maximo dalam hatnya. Sayangnya Damia Zahra hanya buang masa cuba memikat Maximo.
“I don’t know what else to say. You are just a rich and pampered girl. Maybe you don’ have to work. So anything I said won’t make any different.” Kata Maximo, sambil memandang jam di tangannya. Jam menunjukkan sudah pukul 9.30 malam, sudah tiba masa untuk mereka pulang.
“Please say something. Maybe I want to hear what you have to say.” Rayu Damia Zahra. Damia Zahra tahu, satu asetnya yang paling berguna ialah wajahnya dan pujuk rayunya. Tidak ada sesiapa yang boleh tahan dengan wajahnya yang sedang merayu. Sesiapa pun cair jadinya. Belum pernah ada sesiapa yang tidak cair dengan pujuk rayu Damia Zahra.
“Well...maybe it is not my place to say so. But you have the potential, you are smart and you have the resources. You can get anything that you want. You can be anything that you want. With all that attributes that you have, you can help people, serve people. God do not endow you with all this just for you be stay at home. You are meant for more.”
“You don’t understand. I can be all that by staying at home. I take care of my family and raise the children so they can become something.”
“But you can become something and raised your children too.” Sangkal Maximo.
“I just want to be a good wife and a good mother. Is that so bad?” Soal Damia Zahra lagi.
“Well...okay is that what you want. You can afford it anyway.” Kata Maximo. Dia segera menghabiskan minumannya.
“But you don’t agree with I want to do?” Soal Damia Zahra.
“I don’t agree with what you want to do with your life but it is your choice. Not mine. But frankly I think you are just wasting your life.” Kata Maximo lagi. Bukan ada guna dia nasihatkan gadis itu lagi. Lagipun dia bukan ada apa-apa hubungan dengan gadis ini kecuali Damia Zahra saudara Nia Atirah. Itu sahaja.
Maximo memandang sekeliling. Tidak ramai orang berada di Signatures, KLCC ketika ini. Sudah melewati sepuluh malam. Kalau lambat-lambat lagi, tidak elok untuk Damia Zahra menaiki teksi untuk ke rumah kawannya. Lebih baik mereka beredar sekarang.
“I think we should leave now.” Kata Maximo, dia bangun hendak meninggalkan tempat itu. Maximo rasa tidak berapa sihat. Dia mahu pulang dan terus tidur.
“Maxi...” Kata Damia Zahra. Maximo mendengus. Dia sudah cakap beberapa kali dengan Damia Zahra, jangan panggil dia Maxi. Dia tidak suka Damia Zahra panggil dia dengan panggilan itu. Tetapi gadis itu tetap tidak endah dengan katanya itu.
“I need to get something from the Guardian, down at the concourse. I need some toiletries for me to use at my friend’s house. Can we go there now?” Kata Damia Zahra, dia hendak melengah-lengah waktu untuk pulang. Damia Zahra sudah rancang semua ini sejak tadi. Dia tidak mahu Maximo rosakkan rancangannya. Lagipun Damia Zahra tidak mahu Maximo pulang terlalu awal dan akan bertemu dengan Parvin. Nanti perempuan asing itu ajak Maximo keluar clubbing pulak. Damia Zahra percaya apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan Maximo juga.
Setelah selesai membeli barang-barang keperluannya seperti berus gigi dan ubat gigi, mereka beredar dari KLCC untuk mendapatkan khidmat teksi.
“We take the same taxi, I will send you to your friend’s place and then I will go back to my apartment. I want to make sure you are safe.”
“Oh... It’ okay. You need not bother. I will go on my own.” Kata Damia Zahra, menunjukkan wajah berani. Dengan berbuat demikian, dia membuat Maximo rasa bersalah.
“No.. I still want to send you to your friend’s place.”
“Oh...thanks.” Jawab Damia Zahra.
“Okay.. Where is you friend’s place. Please give me the address. Are you sure your friend is at home?”
“Oh....I’d better call my friend.” Kata Damia Zahra, terus menelefon kawannya. Setelah menunggu beberapa lama, baru panggilannya di jawab.
“Hello, Rashima... This is Damia. Can I come to your place. I need a place to sleep tonight.”
Damia Zahra terdiam mendengar jawapan dari kawannya. Maximo memandang Damia Zahra dengan penuh kerisauan. Tidak sampai hati pulak dia tengok keadaan Damia Zahra. Kena meminta dengan kawannya untk menumpang malam ini. Tetapi semua ini salah dia juga. Siapa suruh Damia Zahra keluar dari rumah Zaril Ikhwan dan menumpang di sana sini seperti dia seorang gelandangan. Bukannya Damia Zahra tidak ada rumah. Rumah emak bapanya bukan main besar lagi, tetapi dia hendak duduk di rumah Zaril Ikhwan. Elok duduk di rumah Zaril Ikhwan, keluar pulak. Kenapa Maximo harus rasa bersalah bila tengok keadaan Damia Zahra? Ini apa yang dia pilih sendiri.
“Cannot? Why... I really need a place to stay.” Kata Damia Zahra, separuh berbisik seperti tidak mahu Maximo dengar perbualannya.
“What?” Celah Maximo. “You cannot go there?” Soal Maximo.
“It’s okay.. “ Jawab Damia Zahra, menolah kea rah Maximo sambil menutup speaker telefon dengan tangan kirinya. Kemudian dia sambung balik perbualannya dengan Rashima.
“Please. Can I come later? ....no...... ? Well............... it’ okay. Never mind..... it’s okay. I will find other place.” Kata Damia Zahra, perlahan tetapi cukup jelas untuk didengari oleh Maximo.
“Why... She said you cannot go there.” Soal Maximo lagi.
“Well...... her brother is there, staying for a few days. It’s okay. Don’t worry about me. I will find other palce to sleep tonight.”
“Where?”
“Anywhere...” Kata Damia Zahra, agak selamba. Macam dia tidak kisah sangat. Maximo jadi kalah melihat Damia cuba buat wajah berani.
“Maybe you should stay with me...”
Belum sempat Maximo habis kata-katanya, Damia Zahra terus menyampuk. “Oh Really....”
“But... only for tonight. Tomorrow morning I think you should go back to Zaril’s house.”
“Okay... I will... Thank you.... thank you. I promise you won’t even know that I am there.” Kata Damia bersungguh-sungguh.
Maximo hanya menganggokkan kepalanya. Tidak membalas ucapan terima kasih dari Damia Zahra. Walaupun dia berat hati tetapi timbul pulak rasa kesihan apabila melihat betapa leganya Damia Zahra, kerana Maximo benarkan Damia Zahra tumpang di rumahnya malam itu. Dia sanggup untuk tumpangkan Damia Zahra pada mala mini sahaja. Esok Damia Zahra sudah berjanji akan keluar dari situ dan balik ke rumah Zaril Ikhwan. Maximo segera bagi arahan kepada pemandu teksi supaya menukar arah perjalanan, menuju ke Apartment Sri Maya. Dia mahu balik secepat mungkin. Dia sebenarnya mula rasa kepalanya mula berdenyut-denyut. Lebih cepat dia balik, makan ubat dan terus tidur.
*******************************************8
Damia Zahra bangun mengeliat seperti kucing yang kekenyangan. Sudah dua malam dia tidur di apartment Maximo. Damia Zahra tersenyum sendiri. Senang sahaja dia membohongi orang lelaki. Mereka terlalu polos. Mudah kesihan bila berhadapan dengan pujuk rayu perempuan. Damia Zahra memang juara dalam hal pujuk rayu. Siapa yang dapat menahan diri mereka dari pujuk rayu Damia Zahra. Wajahnya yang cantik dan cerah itu mula kelihatan kemerah-merahan seperti hendak menangis membuat lelaki cair macam bongkah-bongkah ais di musim panas.
“Hemmm...malam ni macamana pulak!” Damia Zahra mengomel sendirian. Damia Zahra mencapai tuala lalu dia keluar dari biliknya untuk ke bilik air. Dia hendak mandi dan menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Kemudian Maximo akan pergi kerja. Damia Zahra kena fikirkan alasan untuk dia terus tinggal di situ. Hanya beberapa hari sahaja lagi. Selepas Zaril Ikhwan balik ke Malaysia. Damia Zahra tidak ada alasan untuk terus tinggal di rumah Maximo. Lagipun tentu Maximo akan tahu yang sebenarnya Nia Atirah tidak prig ke Jepun pun. Damia Zahra sudah fikirkan jawapan yang dia harus berikan kepada Maximo bila Maximo Tanya kenapa Damia Zahra bohong tentang pemergian Nia Atirah ke Jepun. Damia Zahra akan katakan dia tidak tahu yang Nia Atirah tidak jadi ke Jepun. Damia Zahra akan buat wajah kesihan yang menuntut simpati daripada Maximo. Mesti Maximo tidak sampai hati hendak marakan Damia Zahra.
Damia Zahra perlukan sedikit masa lagi untuk buatkan Maximo jatuh hari dengan dirinya. Esok hari Sabtu, harap-harap mereka berdua dapat habiskan sepanjang hari ini bersama-sama. “Macam couple-couple lain... pergi shopping, makan dan tengok wayang. Lebih banyak masa Maximo habiskan bersama Damia Zahra, lagi cepat Maximo akan jatuh hati dengan Damia Zahra. Bila tiba masa Damia Zahra kena balik ke rumah Zaril Ikhwan. Maximo sudah dalam tangan Damia Zahra. Sudah tidak sanggup berpisah dengan Damia Zahra. Ataupun, Maximo akan melamar Damia Zahra kerana sudah tidak sanggup berpisah dari Damia Zahra. Alangkah indahnya ketika Maximo mengatakan “Damia... Will you marry me.” Damia Zahra berangan jauh nun hingga ke awing-awangan. Tersenyum sendiri mengingat saat indah itu yang akan tiba tidak lama lagi. Damia Zahra masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Selesai mandi dan bersiap-siap, Damia Zahra keluar dari bilik tidurnya. Dia dapati pintu bilik Maximo bertutup rapat.
“Mesti Abang Maxi tidur lagi...”Ujar Damia Zahra sendiri... Lidahnya mencuba-cuba memanggil Maximo abang.... Malu sendiri...Damia Zahra tersengeh, lalu dia ke dapur hendak menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Kalaulah dia pandai masak nasi lemak macam nenek atau macam Nia Atirah, Boleh dia masakkan untuk Maximo Nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis. Mesti Maximo suka dapat makan nasi lemak.
“Salah engkau juga... Tak mahu belajar masak nasi lemak dengan Wan!” Damia marah pada dirinya sendiri. Selepas ini bila dia dan abang Maxi balik kampong, Damia Zahra berjanji dengan dirinya yang dia akan belajar cara-cara hendak sediakan nasi lemak dan sambal ikan bilis dari wan.
Damia Zahra cuba masakkan telur mata kerbau tetapi nyata dia tidak ada skil dan teknik memasak langsung, semua telur yang dia masak sama ada hangit atau bahagian kuningnya pecah. Kemudian dia bakar roti untuk di makan bersama mentega dan jem. Akhir sekali Damia Zahra sediakan Nescafe untuk mereka berdua. Bila tengok iklan dalam televisyen, nampak romantic sangat pasangan duduk menikmati secawan Nescafe. Mesti romantic juga bila dia dan Maximo menikmati saat-saat Nescafe bersama.
Damia Zahra kemudiannya berjalan ke bilik Maximo kemudian dia ketuk bilik Maximo sambil memanggil Maximo supaya keluar untuk sama-sama bersarapan dengannya. Beberapa kali Damia Zahra panggil Maximo tetapi tidak ada jawapan dari Maximo.
“Maxi.... “ Damia Zahra melekapkan telinganya di pintu bilik Maximo. Dia cuba dengar betul-betul. Maximo tidak ada di dalam bilik ke. Maximo sudah keluar ke? Sesia sahaja Damia Zahra sediakan sarapan untuk pagi ini.
“Penat aku sahaja.” Damia Zahra kecewa. Selepas Subuh dia tidur sekejap. Kalau begini baik dia tidur sahaja sampai waktu zohor Dia bangun bangun-bangun begitihanya untuk sediakan sarapan untuk Maximo, kemudian hendak bersarapan bersama-sama dengan Maximo sebelum maximo pergi kerja.
“Entah-entah dia keluar berjogging. Entahp-entah dia pergi jumpa dengan perempuan semalam tu? Eiiiiii Geramnya. Apa yang dia nampak pada perempuan tu. Hidung panjang macam Wicked Witch! Sudah tua... Aku yang lebih muda, lebih cantik ada depan mata dia tak nampak ke?” Rasa cemburu mula naik ke kepala. Geram betul Damia Zahra. Dia kemudiannya memegang tombol pintu bilik Maximo. Dia rasa hendak masuk bilik Maximo dan sepah-sepahkan semua barang-barang Maximo yang dia sudah kemaskan semalam.
“Bukannya dia hendak ucapkan terima kasih. Dia keluar pulak pergi jumpa dengan betina tu.” Kata Damia Zahra. Damia terus masuk ke dalam bilik Maximo. Tetapi langkahnya terhenti. Di katil Maximo ada tubuh yang berselimut sedang baring mengadap ke dalam bilik.
“Maximo...” Kata Damia pada dirinya sendiri. Rupa-rupanya Maximo bukannya sudah keluar tetapi sedang baring di katil. Damia Zahra berpatah balik ke pintu. Belum sempat dia akeluar dari pintu terdengar Maximo batuk-batuk dan bersin.
Maximo sakit ke? Damia Zahra tertanya-tanya. Dia tidak jadi keluar dari situ. Dia patah balik menghampiri katil Maximo. Kemudain dia panggil Maximo dengan suara yang perlahan.
“Maxi....Maxi...” Damia Zahra sentuh bahu Maximo yang berselimut. Mengoncangnya perlahan.
“Maxi....”
“Uh....” Itu sahaja jawap Maximo
“Maxi... “ Panggil Damia Zahra lagi. Damia Zahra menarik bahu Maximo sehingga badan Maximo mengadap dirinya. Maximo mengerang perlahan. Terasa satu dunia berpusing ligat bila Damia Zahra mengerakkan tubuhnya ke posisi lain. Maximo lebih selesa bila dia pberada di posisi asal. Tidaklah dia rasa semuanya sedang ligat berpusing seperti sekarang ini.
Damia Zahra meletakkan tangannya ke dahi Maximo terasa panas sekali.
“Maxi...You are not feeling well?. You got fever....” Ujar Damia Zahra.
“Yeah... I don’t feel well.” Kata Maximo perlahan.
“You want anything. Medicine?”
“No... I just want to lie down. Please just go away.” Kata Maximo lagi sambil memejamkan matanya. Kepalanya rasa sakit. Dunia keliling dirasakan berpusing ligat. Tiba-tiba Maximo hendak muntah.
“Damia.... Please get me a container, I feel nausea. I want to vomit.”
Damia Zahra segera lari ke bilik air, mencari bekas untuk menakung muntah Maximo. Ada baldi kecil yang tersangkut di dinding. Damia Zahra segera ambil dan bergegas semula kepada Maximo, menyuakan baldi tersebut ke muka Maximo. Tetapi dia tidak sempat berbuat menadah, Maximo sudah pun muntah, terkena di kain selimut Maximo dan baju yang Maximo pakai.
“Oh Dear....” Ujar Damia Zahra. “Poor Maxi...” Maximo masih memuntah apa yang di dalam perutnya ke dalam baldi yang di tadah oleh Damia Zahra. Sehingga tidak ada apa yang tinggal dalam perutnya. Hanya keluar cecair yang berwarna kuning. Kemudian Maximo terus meletakkan kepalanya ke bantal, dia, dia memejamkana matanya rapaat-rapat. Mahu menghilangkan rasa pusing.
“I need to take the blanket Maxi.. And please ..you need take off your shirt. It is soiled.”
Maximo terus mendiamkan dirinya. Tidak dapat bergerak tanpa dia rasa pening berpinas-pinar.
Melihat Maximo diam membatu, Damia Zahra menghampiri Maximo, menarik selimut yang menyelimuti badan Maximo dan kemudian Damia Zahra duduk di sisi katil Maximo, menarik badan Maximo agar menghadap ke arahnya. Maximo mengerang, bila posisinya di ubah, dia rasa sekelilingnya berpusing ligat. Damia beranikan dirinya, walaupun dia lincah dan nakal tetapi Damia Zahra sebenarnya bukan biasa berada dalam keadaan begini dengan seorang lelaki. Dia buka butang baju Maximo, terasa mengigil tanganya ketika dia tersentuh badan Maximo. Mukanya bertukar menjadi merah kerana malu. Bila dia buka baju Maximo, Damia Zahra makin bertambah merah mukanya. Dia malu melihat tubuh Maximo yang tidak berpakaian. Tubuhnya berotot dan sasa. Begitu menarik sekali lelaki ini. Tetapi Damia Zahra malu hendak membiarkan matanya terus meratah susuk tubuh Maximo yang tidak berbaju itu. Dia rasa malu terutama sekali melihat bulu dada Maximo. Sempat juga matanya terpandang atas dada kiri Maximo ada tanda lahir yangberwarna perang kemerah-merahan. Tanpa berkata apa-apa Damia Zahra segera ke almari pakaian dan mendapatkan baju pyjama yang bersih, lalu dipakaikan ke tubuh Maximo. Setelah mengenakan pakaian, Maximo segera baring semula ke posisi yang dia paling selesa. Dia memejamkan matanya.
Damia Zahra kemudiannya pergi ke biliknya, lalu diambilnya selimut dan dibawa ke bilik Maximo. Damia Zahra kemudiannya menyelimutkan badan Maximo.
“Maxi...” Kedengaran sayup-sayup Damia Zahra memanggil namanya. Maximo tidak berdaya untuk marah Damia Zahra kerana memanggilnya Maxi. Dia tidak berdaya, dia tidak ada kawalan diri kali ini. Dunia di sekelilingnya using ligat.
“Maxi... you need to take medicine, you must eat something.”
Pada Maximo, Damia Zahra hanya menganggu sahaja. Apa lagi yang perempuan sengal ini hendak lagi! Dia tidak tahu ke dunia Maximo sedang ligat berputar. Maximo hanya mahu baring tanpa gangguan sesiapa.
“No... No... please leave me be.” Kata Maximo agak kasar. Kemudian dia sambung lagi dengan merayu pada Damia Zahra. “Please. Maybe if I sleep for a while, I will feel better.”
“Okay... I leave the door open. Call me if you need me. I’ll go and make some broth and soup for you.”
“Please don’t bother... Please just leave me alone.” Maximo sudah tidak larat hendak melayan Damia Zahra. Dia terus mengerikut dan menutup kepalanya dengan bantal. Dia hanya mahu baring tanpa bergerak dan tanpa gangguan.
Damia Zahra keluar dari bilik Maximo dengan senyap, dia membawa bersamanya selimut dan baju Maximo yang terkena muntah tadi. Damia Zahra akan hantar ke kedai Dobi sebaik sahaja dia ada masa. Sekarang ini dia hendak masakkan bubur nasi dan juga sup ayam untuk Maximo. Setahu Damia Zahra, bila orang deman elok makan sup ayam. Tatepi Damia Zahra tidak tahu bagaimana hendak masak sup ayam. Damia Zahra buka peti ais di dapur. Ada beberapa ketul daging ayam di dalam freezer. “Boleh aku buat chicken soup.” Itu sahaja yang ada dalam petis ais Maximo. Setahu Damia Zahra, dalam sup ayam ada juga kentang dan sedikit karot. Damia Zahra segera telefon wannya. Boleh Tanya Puan Zainun macamana hendak masak sup ayam yang sedap dan juga macamana hendak masak nasi lembik. Berapa banyak beras dan berapa banyak air hendak Damia gunakan untuk buat nasi lembik. Kalau sejak dulu lagi Damia Zahra belajar masak bukankah bagus. Tidak payah dia susah payah telefon wan untuk tanya bagaimana hendak masak sup dan nasi lembik. Damia Zahra tidak boleh tanya dengan mamanya sendiri. . Elok Mama dan papanya tidak tahu yang Damia Zahra sudah tinggalkan rumah Zaril Ikhwan, nanti Nanti tembelangnya pecah. Lebih baik Damia Zahra telefon wannyayang berada di Perlis.
*******************************88
Siap juga akhirnya bubur nasi dan sup ayam untuk Maximo, resipi dari Puan Zainun. Tetapi Puan Zainun tidak melepaskan Damia Zahra begitu sahaja. DIa soal siasat dahulu Damia Zahra sehingga Damia Zahra terpaksa juga beritahu yang dia tolong buatkan bubur nasi dan sup ayam itu untuk Maximo sedang yang demam. Kemudian setelah berpuas hati dengan penjelasan Damia Zahra, baru Puan Zainun ajar Damia Zahra. Tetapi Damia Zahra tidak beritahu wan yang dia sebenarnya sudah dua malam menumpang dia rumah Maximo. Harap-harap wan tidak akan tahu. Kalau keluarganya dapat tahu mesti Damia Zahra kena marah teruk tetapi Damia Zahra tetap dengan keputusannya kerana dia nekad hendak mendapatkan Maximo.
Damia Zahra membawa makanan yang sudah siap dimasaknya itu ke bilik Maximo. Maximo terus berbaring kaku di atas katil. Damia Zahra meletakkan dulang yang berisi bubur nasi dan sup ayam di atas meja di sebelah katil Maximo, Lalu dia duduk melutut di sisi katil, lalu memegang bahu Maximo, mengoncangnya perlahan. Damia memanggil nama Maximo dengan lembut.
“Maxi.... Maxi... Wake up...”
Maximo mendiamkan dirinya. Dia tidak membuka matanya langsung. Damia Zahra memandang wajah yang kacak itu. Panjang betul bulu mata Maximo. Melentik pulak tu, macama bulu mata perempuan.
“Maxi... Please wake up. You need to eat something.”
“Damia... leave me alone...” Maximo
“You need to eat something. I made a chicken soup for you. Please Maxi... sit up... just a little bit and I can feed you. At least have the soup.”
Bau sup ayam sudah cukup memualkan Maximo. Damia Zahra tidak faham ke. Maximo sedang sakit. DIa tidak lalu makan apa-apa pun. Kalaumakan pun, semuanya akan keluar balik. Maximo hanya mahu baring sahaja. Kenapa perempuan ini tidak mahu faham dengan keadaannya.
“Damia, leave me alone.” Maximo mendengus lagi.
Damia Zahra tetap mahu beri Maximo jamah sedikit sup ayam yang dia sediakan. Dia cuba hulurkan sudu yang berisi sup ayam kea rah Maximo. Maximo terus tolak tangan Damia Zahra. Terpelanting sudu yang berisi sup ke lantai.
“Maxi.... “ ujar Damia Zahra, hampa melihat kedegilan Maximo.
Maximo tahu dia tidak sepatutnya bersikap begitu dengan Damia Zahra tetapi dia tidak dapat kawal perbuatannya. Damia Zahra tidak mahu tinggalkan dia sendirian.
“Please Damia. Please leave me alone. When I am ready to eat something. I will call you. Please leave me alone.” Perintah Maximo. Jarang sekali Maximo bersikap kasar dengan perempuan. Tetapi kali ini dia tidak dapat kawal dirinya dan perempuan yang bernama Damia Zahra melekat pada dirinya macam lintah, Maximo terpaksa berkeras supaya Damia Zahra jangan ganggu dia buat masa ini.
“Okay... I leave the sup here...just in case you want to ..”
“No... Please take that thing out from here. The smell of it make me want to throw up...” Kata Maximo lagi. Maximo sedar kali ini Maximo memang bersikap kurang sopan dengan Damia Zahra. Nampak riak muka Damia Zahra agak terluka dengan kata-kata kasar Maximo. Damia Zahra mesti telah bersusah payah menyediakan makanan itu semuanya untuk Maximo.
Damia Zahra atidak berkata apa-apa. Dia angkat balik dulang yang berisi bubur nasi dan sup ayam dan bawa keluar dari bilik itu.
“Please close the door..” Perintah Maximo lagi. Damia Zahra melangkah keluar dari bilik Maximo dan segera tutup pintu bilik Maximo. “Penat sahaja Damia Zahra sediakan makanan itu semua untuk Maximo. Sedikit pun tidak mahu dijamah oleh Maximo. Tetapi Damia Zahra tetap tidak putus asa. Dia masuk semula ke dalam bilik Maximo, membawa tuala yang di basahkan lalu diletakkan di atas dahi Maximo.
Maximo mengeluh sendirian. Perempuan ini memang tidak tahu erti mengalah. Maximo ingin tolak sahaja tangan Damia Zahra jauh dari dirinya. Tetapi mesti Damia Zahra akan tetap datang kembali kepadanya. Sayang sangat kah Damia Zahra terhadap dirinya? Dalam dia keadaan begitu teruk pun Damia Zahra masih lagi berada di sisinya.
“Maxi... you felt this bad because your stomach is empty. You need to take some food. I prepared a soft food for you. Please Maxi... take just a little. You will feel better.” Rayu Damia Zahra. Maximo membuka matanya perlahan-lahan. Wajah Damia Zahra kelihatan begitu sayu, merayu-rayu dengan dirinya. Mungkin benar juga apa yang Damia Zahra katakan.
Maximo cuba angkat tubuhnya, tetapi dia tidak berdaya. Damia Zahra segera ambil bantai yang satu lagi di sebelah Maximo lalu diangkatnya tubuh Maximo lalu diletakkan bantal di belakakang Maximo. Kemudian dia sandarkan Maximo semula, supaya senang Maximo makan. Kemudian dia ambil mangkuk bubur nasi untuk dia beri Maximo makan. Maximo makan apa yang Damia suapkan. Setelah tiga empat suapan. Maximo mengangkat tangannya, menyuruh Damia Zahra berhenti. Dia tidak lalu hendak makan lagi. Damia Zahra berikan Maximo minum air kemudian berikan ubat demam untuk Maximo makan. Maximo memandang Damia Zahra dengan geram.
“Please Maxi..” Rayu Damia Zahra lagi. You take this two pills and sleep. After this I am sure you will feel better.”
“I will feel better if nobody disturb me....” Maximo mendengus.
“I promise I will not disturb you again after this. After this...I will come in only if you call me...” Kata Damia Zahra, sambil mengunjukkan pill deman yang dia mahu Maximo telan. Maximo masam cemberut, geram dia di control oleh Damia Zahra tetapi mungkin benar tindakan Damia Zahra itu, lalu dia buka mulutnya menunggu Damia menyuapkan pill tersebut. Kemudian dia minum sedikit air dan terus pejamkan matanya. Damia Zahra ambil semula bantal di belakang Maximo dan Maximo mengerikut ke posisi asalnya. Dia selesa dalam keadaan begitu.
“I will be happy if you just get out from here.” Kata Maximo, dalam keadaan matanya yang sudah terpejam.
Damia Zahra memandang sahaja Maximo seketika, kemudian keluar dari bilik Maximo dan terus tutup pintu bilik Maximo. Walau macamanapun dia sudah puas hati yang Maximo sudah makan dan sudah makan ubat. Dia tidak akan ganggu Maximo lagi selepas ini sehinggalah Maximo minta pertolongan darinya. Lagipun Damia Zahra sudah lapar dan penat membuat semuanya untuk keselesaan Maximo sepanjang hari ini. Bukan Maximo hargai pun. Lagi Maximo marah-marah pulak.
“Terima kasih pun tidak!” Damia buat mimik muka ke arah pintu bilik Maximo.
“Tidak mengapa.” Kata Damia Zahra sendirian. “Biar aku yang makan apa yang aku masak tadi.” Sekarang jam sudah pun pukul 2.30 petang. Damia Zahra hendak makan dan kemudian hendak berehat.
Cinta Untuk Maximo Bab 9
11:00 AM |
Cinta Untuk Maximo Bab 9
Damia Zahra mengendap melalui pintu biliknya. “Tidak ada orang, yeah...” Katanya sendiri sambil tersengeh. Dia buka pintu biliknya dengan lebih besar lagi lalu memboloskan dirinya untuk keluar dari biliknya, terjengket-jengket berjalan menuju ke pintu depan.
Sebenarnya petang semalam Damia Zahra tertidur kepenatan. Bila dia terjaga, jam sudah tunjuk pukul 2.15 pagi. “Alamak!” Damia Zahra sepatutnya keluar dari situ pada lewat petang atau awal malam tadi. Sekarang sudah terlalu lewat untuk Damia ke rumah kawannya dengan teksi. Bahaya untuk gadis seperti Damia Zahra untuk menaiki teksi waktu begini. Damia Zahra curi-curi keluar ke bilik air untuk mandi, bersihkan dirinya dan berwuduk, kemudian cepat-cepat kembali ke bilik tidurnya semula. Damia Zahra tidak tahu sama ada Maximo ada dalam rumah atau tidak. Keadaan rumah sunyi sepi. Hanya lampu di luar bilik tidur yang terpasang. Lampu tamu kelihatan gelap. Maximo sudah balik dari bertemu dengan kawan-kawannya atau belum? Tetapi yang penting Maximo tidak tahu Damia Zahra juga ada dalam apartmentnya. Damia kemudiannya sambung tidur kembali.
Sebelum tertidur semula, Damia sudah buat rancangan, Bila menjelang pagi nanti dia akan keluar dari apartment itu dan tunggu di bawah sehingga pukul 8.30 pagi, baru dia datang semula. Dengan itu Maximo tidak akan tahu yang dia sebenarnya tidak pergi ke rumah kawannya itu langsung. Kalau Maximo tahu mesti Maximo marah dengan Damia Zahra.
Pada pukul 7.30 pagi, Damia turun ke bawah dan pergi membeli makanan untuk sarapan buat mereka berdua. Kemudian dia tunggu sehinggga hampir jam 8.15, dia balik semula ke apartment Maximo.
“Pandai-pandailah aku berlakon...” Kata Damia Zahra sendirian. Bila tiba di depan apartment Maximo, Damia Zahra tekan loceng dan tunggu Maximo buka pintu. Agak lama juga baru Maximo buka pintu apartmentnya.
“Good Morning, Maxi...” Tegur Damia dengan ceria sekali.
“Good Morning...” Jawab Maximo.
“I got breakfast.” Kata Damia Zahra, mengangkat bungkusan plastic yang di jinjingnya. Maximo tidak berkata apa-apa, cuma membenarkan Damia Zahra masuk ke dalam apartmentnya. Dia sudah siap dengan pakaian kerja. Wajahnya Maximo tidak seceria wajah Damia Zahra. Dia geram kerana tidak cukup tidur. Seperti biasa dia terjaga awal pada pagi ini dan kemudian dia tidak dapat tidur. Maximo ingat bila dia balik lewat dan tidur hampir pukul 2.00 pagi, dia tidak akan terjaga awal, tetapi dia tetap terjaga sepuluh minit sebelum azan subuh berkumandang. Maximo rasa berpusing kepalanya kerana tidak cukup tidur, dia paksa dirinya tidur balik selepas selesai azan subuh, hampir pukul 7.00 pagi baru Maximo terlena, dia terjaga balik pada pukul 8.15 pagi. Bergegas dia bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Kepalanya masih rasa berpinar-pinar.
Apa yang berlaku pada dirinya? Semalam dia keluar bersama Houri dan Parvin untuk bergembira. Memang betul sangkaan Maximo, kedua gadis ini lebih liberal dari Nia ATirah. Mereka mengajak Maximo pergi clubbing. Maximo ikut sahaja rentak mereka berdua. Maximo tengok Hourin dan Parvin betul-betul bergembira semalam. Maximo pun cuba hendak berseronok seperti mereka berdua. Mereka menari dengan lincah dan minum sampai mabuk. Pelik juga Maximo lihat kedua perempuan tersebut. Tetapi kalau begini cara kehidupan mereka, memang boleh padan dengan cara hidup Maximo.
Melihat mereka berdua seperti hilang kawalan, Maximo kawal pengambilan alkoholnya pada mala mini kerana salah seorang dari mereka kena berada dalam keadaan stabil. Macamana mereka hendak balik nanti? Walaupun Maximo biasa minum arak tetapi dia sentiasa mengawal dirinya dan tidak akan memandu dalam keadaan mabuk. Itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan Maximo nyata betul sekali. Houri dan Parvin mabuk teruk, sehingga muntah-muntah sebaik sahaja mereka sampai di perkarangan apartment Sri Maya. Nasib baik mereka masih boleh berjalan sendiri untuk naik ke apartment mereka. Kalau tidak tentu susah Maximo kena papah kedua-dua mereka. Bila Maximo balik dia terus masuk kebiliknya dan tidur. Maximo lupa tentang Damia Zahra dan cuma teringat yang Damia Zahra menumpang barang-barangnya di bilik Maximo apabila Damia Zahra datang pagi ini.
Maximo tidak ada mood untuk layan Damia Zahra pagi-pagi ini. Keceriaan Damia Zahra menjengkelkan Maximo. Kepalanya rasa sakit. Dia tidak dapat enjoy sepuas-puasnya malam tadi. Mungkin sebab dia fikirkan yang dia kena pergi kerja pagi ini. Maximo akan ajak Houri dan Parvin keluar lagi pada hari Jumaat dan hari Sabtu nanti dan dia hendak bersuka ria sepuas-puas hatinya dan hendak mabuk sehingga dia lupakan semua masalah yang dia hadapi.
“Maybe, all this will go away after this. I’ll get myself drunk and forget about everything. After that I won’tbe hearing all this noise anymore.” Maximo menghasut dirinya sendiri. Dia dalam kekeliruan. Dia jadi jadi begini? Mungkin juga sebab dia selalu dengan Nia ATirah dan keluarganya membuatkan dia rasa macam dia pun hendak jadi macam mereka, jadi orang islam. Mungkin sebab itu, dia mengalami gangguan-gangguan begini setiap hari. Maximo hendak cuba hilangkan semua gangguan ini. Dia akan keluar setiap malam dan bersuka ria sehingga dia jadi normal kembali. Dia mengalami perkara yang pelik sejak dia menjejakkan kaki ke sini.
Lagi buat dia pelik, bila dia tanya Houri dan Parvin, sama ada mereka di ganggu dengan bunyi orang membaca alquran dan bunyi azan setiap pagi, jawapannya ialah tidak. Mereka berdua tidak pernah dengar azan pun sejak mereka berdua pindah di situ setahun yang lalu. “It is the most peaceful and serene place that we ever known. We love staying here.” Kata Houri sambil tersenyum kepada Parvin. Senyumnya di sambut Parvin.
“What time you wake up every morning...” Soal Maximo, geram kerana mereka tidak adalah masalah gangguan bunyi seperti dirinya. Mungkin mereka berdua macam Nia Atirah dan Damia Atirah yang bangun pukul awal setiap hari untuk sembahyang subuh.
“Oh...around 8.00 every morning.” Jawab Parvin lagi.
“8.00 am ....You two must have a really restful night.”
“Of Course.” Jawab mereka berdua serentak sambil tersenyum. “Everyone need 6 to 8 hours of sleep everyday.”
Melihat keceriaan mereka, Mazimo rasa iri hati. Semua orang gembira berada di sini. Maximo hairan kenapa dia yang bernasib malang, semenjak dia datang ke Malaysia, tidurnya terganggu. Sekarang ada perkara lain yang menggangu ketenteraman Maximo. Pinggan Mangkuk berbunyi-bunyi dari dapur. Agaknya Damia Zahra jarang buat kerja rumah.
Dia sedang sibuk di dapur, menyediakan minuman pagi. Dia mencari cawan dan piring untuk digunakan bersarapan pagi ini. Setelah mendapati semuanya dia bawa ke meja dmakan lalu dihidang semuanya di meja makan. Setelah semuanya siap, dia panggil Maximo untuk bersarapan bersama-sama.
“Maxi… let have breakfast.” Laung Damia Zahra. Seronok betul pagi-pagi ini dia dapat bersarapan berdua dengan pujaan hatinya. Terasa-rasa macam dia seorang isteri yang menyediakan makanan untuk suaminya yang tercinta. Alangkah bahagianya jika beginilah kehidupan mereka sehari-harian. Damia Zahra sediakan semua sarapan, mereka makan bersama-sama, kemudian Maximo akan pergi kerja. Damia Zahra duduk di rumah, mengemas rumah dan masak untuk tenghari. Nanti tengahari Maximo balik makan tengahari. Bila petang nanti Maximo balik kerja, Damia Zahra sudah siapkan minuman petang dan kuih-muih. Malam nanti kalau Damia Zahra tidak masak, mereka berdua keluar makan bersama-sama. Malam nanti baru balik dan tidur bersama.
“Oooohhh..”Damia memeluk dirinya sendiri. Syahdu terasa. Dunia ini bagaikan milik mereka berdua. Hanya dia dan Maximo berbulan madu di awangan.
Sebentar kemudian terdengar Maximo berjalan ke ruang makan dari biliknya. Damia hentikan angan-angan indahnya itu, terus tarik kerusi dan duduk di kerusi. Dia tersenyum memandang Maximo yang kelihatan kacak dan tampan sekali pagi ini dengan pakaian pejabat. Maximo memakai baju kemeja putih bersih dan berseluar hitam. Butang atas kemeja belum di kenakan, Maximo belum sempat memakai tali lehernya lagi. Dia sedang memegang tali leher tersebut di tangannya lalu disangkutkan di belakang kerusi. Maximo tidak balas senyuman Damia Zahra, menarik kerusi dan duduk untuk makan.
“You don’t have to do this. I don’t eat much during breakfast.” Tegur Maximo. Damia sedang menuangkan air oren ke dalam gelas Maximo.
“Oh.... that is not good. We have to eat especially for breakfast, eat like a king.” Damia Zahra kemudiannya menuangkan air oren ke dalam gelasnya.
Maximo menjeling ke arah Damia Zahra, tidak ada masa hendak layan karenah Damia Zahra. ENtah apa yang Damia Zahra seronok sangat pagi-pagi ini. Maximo rasa tidak sihat. Kepalanya sakit. Moodnya juga tidak baik. Keceriaan Damia Zahra pagi-pagi ini tidak meringankan rasa sakit kepalanya dan juga tidak meringakan rasa berat di hati Maximo. Tetapi dia cuba kawal dirinya dan bercakap baik-baik dengan Damia Zahra.
“What’s for breakfast.”
“Nasi lemak.” Jawab Damia Zahra. “I know you like nasi lemak. You love to eat nasi lemak in at Grandma’s house.”
Satu lagi cubaan Damia Zahra untuk memelayukan Maximo agaknya. Kata Maximo dalam hatinya. Walaupun dia makan nasi lemak semasa di rumah Puan Zainon, bukan bermakna dia suka sangat makan itu. Nampaknya Damia Zahra mencuba dengan begitu bersungguh-sunguh untuk pikat hati Maximo. Maximo hanya tersenyum sinis. Budak kecil ini mesti akan kecewa nanti. Semua usaha Damia Zahra hanya sebagai satu permainan kanak-kanak kecil yang terlampau di manjakan. “Rich spoiled kid!” Itu tanggapan Maximo pada Damia Zahra. Memang Damia Zahra cantik dan jelita orangnya tetapi Maximo sedikit pun tidak tertawan dengan kecantikan Damia Zahra. Pada Maximo, Damia Zahra hanya seseorang yang ada pertalian persaudaraan dengan Nia Atirah dan dia mesti hormat dengan Nia Atirah. Sebab itu dia layan juga karenah Damia Zahra. Kalau ikutkan hatinya dia mahu Damia Zahra keluar dari rumahnya itu sekarang juga. Dia tidak akan pernah terpikat dengan orang yang terlalu muda seperti Damia Zahra. Maximo mahukan orang yang lebih matang untuk dirinya seperti Nia Atirah atau Houri dan Parvin. Tidak pun, Monica pun jadilah, sudah lama menanti Maximo. Dia tidak mahu nanti orang kata dia ambil kesempatan atas kanak-kanak yang masih dalam buaian.
“Maxi.. are you coming back for lunch?” Soal Damia Zahra, tidak tahu apa yang sedang bermaind I kepala Maximo.
“No… Why?” Soal Maximo, sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Sedap pulak nasi lemak yang Damia belikan pagi ini.
“If you are coming back. I can cook something for both of us.”
“Oh no.” Jawab Maximo dengan segera. Nampaknya Damia Zahra hendak terus main masak-masak dalam rumahnya ini.
“Oh...Okay...” Kata Damia, nasib baik Maximo tidak balik tengahari. Tak payahlah Damia masak tengahari ini. Boleh Damia Zahra tidur dan relaks sepanjang hari. Petang nanti baru Damia Zahra turun bawah, carikan kuih untuk mereka minum petang. “How about tonight. When you come back, we go out for dinner okay?”
Maximo mendiamkan dirinya. Rimas dengan Damia Zahra. “I thought you’ve promised, you not be here at night.”
“Yes I know, we are not going to be here. We go out for dinner, after dinner I will go to my friends’s place.”
“I don’t want to go out for dinner. I am tired. I want by the time I come back from work, you are not here. Understand!” Maximo bertegas dengan Damia Zahra. Dia tidak ada masa untuk melayan Damai Zahra. Maximo segera habiskan makanannya, kemudian dia bangun dari situ dan terus hendak keluar dari situ. Maximo segera ke ruang tamu, capai begnya untuk ke pejabat.
“Maxi...” Tegur Damia Zahra, dari belakang.
“What now?” Getus Maximo. Langkahnya terhenti di hadapan pintu depan.
“Maxi.... “ Damia memanggil nama Maximo dengan manja sekali.
“I told you not to call me Maxi...” Kata Maximo dengan kasar, menegur Damia Zahra, tidak suka Damia Zahra ingat dia ada hak untuk panggil dia Maxi seperti Nia Atirah.
“Oh... Why...” Soal Damia Zahra.
“I don’t like...” Jawab Maximo
“Anyway... you forgot this...” Damia Zahra menunjukkan tali leher yang Maximo tinggal di belakang kerusi makan.
Maximo mengambil talileher tersebut dari tangan Damia Zahra dengan kasar. Dia cuba hendak mengikat tali leher tetapi ikatannya tidak kemas kerana dia tengah sakit kepala dan tengah bengang.
Damia Zahra terseneyum melihat Maximo yang sedang terkial-kial mengikat tali leher. Dengan berani dia menghampiri Maximo, kemudian dia tolak tangan Maximo dan dengan cekap dia ikatkan talileher untuk Maximo. Memang Damia Zahra cekap ikat talileher, sepanjang dia bersekolah di Tingkatan empat dan Lima, Damia Zahra menjadi Pengawas Perpustakaan. Setiap hari dia kena memakai talileher.
Oleh kerana, pagi ini Maximo memang rasa tidak begitu sihat, dia biarkan sahaja Damia Zahra ikatkan talileharnya. Maximo tepat memandang wajah Damia Zahra, Bulu matanya yang nampak begitu lebat dan panjang, menghiasi sepasang mata yang sangat cantik, dan dari mata itu terpancar sinar kasih. Entah macamana Maximo tahu sinar kasih itu hanya untuk dirinya sahaja. Tetapi Maximo buat tidak perduli yang apa yang dia baca dari sinar mata Damia Zahra. Setelah selesai Damia Zahra ikat tali lehernya, tanpa berkata apa-apa Maximo terus buka pintu depan untuk keluar dari apartment itu. Maximo tidak mahu lama-lama lagi berada di situ. Dia tidak seharusnya melayan karenah gadis mentah seperti Damia Zahra. Kalau dia baik-baik dengan Damia Zahra, nanti Damia Zahra mula menaruh harapan yang lebih tinggi. Maximo tidak mahu terjebak dengan gadis muda seperti Damia Zahra. Lagipun dia tidak mahu lambat sampai ke pejabat.
“Maxi...” Damia Zahra memanggil Maximo dengan lembut.
“What else?” Kata Maximo lagi. Sudah hilang sabar dengan Damia Zahra.
“Where is the key of the front door. I might go down to buy some food for lunch. I need the key.” Jawab Damia Zahra, wajahnya begitu telus macam bukan orang yang tidak ada dosa dan salah.
Maximo mengeluh, tetapi tidak berkata apa-apa, dia seluk poket seluarnya dan memberikan kunci untuk pintu apartment kepada Damia Zahra. Tanpa menunggu Damia Zahra cakap apa-apa lagi, Maximo terus pergi dari situ. Dia memang akan kelewatan jika dia duduk lagi melayan Damia Zahra.
Damia Zahra memandang sahaja Maximo pergi, kemudian dia tersenyum. Damia Zahra tidak perduli, walaupun Maximo marah dengan dia. “Tengoklah.... marah itu adalah permainan emosi. Lebih baik marah dari buat tak tahu. Maximo tidak tahu, dia di ambang bahaya bila dia marah-marah begitu. Dengan marahnya itu, tidak lama akan timbul rasa kasih. Damia Zahra yakin, Maximo akan jatuh cinta dengannya. Kalau tidak pun, Maximo memang sudah mencintainya. Lagipun tidak ada sesiapa yang tidak jatuh hati dengan Damia Zahra. Maximo juga tidak terkecuali. Sekarang Maximo cuma cuba hendak kawal dirinya dari jatuh cinta dengan Damia Zahra, sebab itu dia marah-marah sekarang ini. DAmia Zahra beritahu dirinya sendiri. Dia memang mempunyai keyakinan yang tinggi tentang daya penarik yang dia ada.
Damia Zahra tersenyum sendirian bila teringatkan apa yang ada ditangannya, kunci apartment Maximo. Kalau tak salah Damia Zahra, ada kunci membuat pendua kunci di deretan kedai... Dataran Jelatek.. "Pandainya aku..." kata Damia Zahra.... lepas ini dia boleh masuk keluar dari apartment Maximo bila-bila masa pun. Malahan. kunci bilik Maximo pun ada sekali dengan kunci pintu apartment. Damia Zahra segera pergi ke bilik Maximo dan membukanya menggunakan kunci. Dia mesti tengok keadaan bilik Maximo. Dia tahu kalau Maximo tahu apa yang dia telah lakukan, Maximo mesti marah. Tetapi Damia tetap teruskan apa yang dia hendak lakukan. Pada Damia Zahra, dia kena tahu kenali bakal suaminya itu dengan mengetahui macamana keadaan biliknya.
Nampaknya Maximo kemas orangnya. Katilnya juga dikemaskan sebelum dia keluar. Damia Zahra tersenyum, walaupun Maximo nampak tidak berapa sihat, sempat juga dia kemaskan katilnya. Damia Zahra memandang sekeliling bilik tidur, mencari-cari apa yang dia boleh tolong kemaskan. Hanya satu saja yang tidak kena. Maximo tinggalkan tuala mandinya selonggok di atas kerusi. Damia Zahra segera ambil tuala mandi tersebut dan di sangkutkan di rak tuala dengan kemas.
Selain itu nampaknya tidak ada apa-apa yang perlu Damia Zahra lakukan. Karpet lantai juga dalam keadaan bersih. Bilik juga cukup pengudaraannya sebab tingkap bilik Maximo di buka. Bau minyak wangi Acqua Di Gio - Giorgio Armani yang Maximo pakai masih dapat terbau-bau lagi keharumannya. Damia Zahra menyedut bau yang harum itu dalam-dalam. Terasa rindu pada tuan empunya diri, padahal baru setengah jam Maximo pergi dari situ.
“Mesti Maximo ni budak baik, mummy’s little boy.” Kata Damia Zahra sendirian. Dapat dia bayangkan bagaimana comelnya Maximo ketika kecil, sudah dilatih supaya sentiasa kemas.
Dia sebelah almari ada bakul yang berisi platik dengan pakaian kotor Maximo. Mungkin untuk di hantar dobi. Damia Zahra akan tolong hantarkan pakaian tersebut bila dia turun makan tengahari nanti. Mesti Maximo suka bila dia balik semua pakaiannya sudah bersih dan siap di lipat. Disamping itu rumah sudah dikemaskan dan minuman petang sudah tersedia. Damia Zahra hendak Maximo rasa bagaimana seronoknya mempunyai isteri yang akan menjaga makan minumnya dan pakaiannya. Selepas ini Maximo mesti tidak akan lepaskan Damia Zahra pergi dari situ.
Damia melihat jam di tangannya, baru pukul 9.00 pagi. Walaupun banyak perkara yang Damia Zahra perlu lakukan, menyapu sampah, membasuh pinggan mangkuk yang mereka gunakan semasa sarapan, mengemas biliknya sendiri, kemudian dia hendak turun ke bawah untuk beli makanan, buat kunci pendua dan hantar dobi tetapi dia punyai banyak masa lagi. Baik Damia Zahra sambung balik tidurnya dulu. “Penat juga jadi suri rumah tangga ni...” Damia Zahra mengomel sendiri. Dia kembali ke bilik tidurnya, buka tudung kepalanya dan terus campakkan dirinya atas katil lalu dia pejamkan matanya untuk sambung tidurnya. Nanti bila dekat-dekat waktu Maximo hendak pulang baru Damia Zahra akan jalankan kerjanya.
********************************8
“ Hello...Is Maximo back already?” Seorang wanita berambut perang terus menegur Damia Zahra sebaik sahaja Damia Zahra membuka bilik depan. Sebelum ini Damia Zahra sedang bertungkus lumus mengemas apartment Maximo. Setelah selesai mengemas, Damia Zahra hendak menunaikan sembahyang asar tetapi belum sempat berbuat demikian kerana loceng pintu depan berbunyi.
“No... Not yet.” Jawab Damia Zahra, kehairanan melihat ada perempuan asing yang datang mencari Maximo.
“Oh it’ okay. Can you convey a message to him.” Kata perempuan itu. Damia Zahra memandang dengan penuh pertanyaan kea rah perempuan tersebut, yang berpakaian blouse tanpa lengan dan mini skirt itu. Wajahnya cantik dan susuk tubuhnya menawan sekali. Wanita itu berkulit putih dan mempunyai sepasang mata yang berwarna kelabu. Seksi betul penampilan perempuan tersebut.
“Sure.” Jawab Damia Zahra.
“Tell him, tonight we will go out quite late, around 10.00 pm. If he want to join us, ask him to come at our apartment.”
“Where is your apartment.?”
“Same floor but the other wing, 20-C-16a.”
“Okay.. and you are?”
“Oh sorry dear... Parvin. You must be his little sister.” Jawab Parvin. “ I didn’t know Maximo has his little sister here with him You are so pretty, so cute.” Kata Parvin sambil menyentuh pipi dan memegang rambut Damia Zahra. “So soft.” Kata Parvin lagi, memandang wajah Damia Zahra dengan penuh minat. Agaknya ingin tahu lebih lanjut tentang adik perempuan Maximo.
Geram rasa hati Damia Zahra. Parvin ingat dia budak kecil. “Tell Maximo, if he is one minute late, we will go without him. We are going to try out a new club in Bukit Bintang. We had a hell of a time last night. What a pity... If you are old enough, you can follow us clubbing tonight.”
Damia Zahra tidak terkata apa-apa. Rupa-rupanya semalam Maximo pergi clubbing dengan perempuan ini. Perasaan cemburu menyelinapi hati Damia Zahra. Ini rupanya kawan Maximo. Damia Zahra ingat Maximo bertemu dengan kawan-kawannya dari Pusat Penyelidikan, Tenaga-tenaga pengajar dari Italy yang kebanyakannya lelaki. Tetapi rupa-rupanya dia keluar bersuka-ria dengan perempuan lain. Adakah ini cita rasa Maximo sebenarnya? Perempuan yang sebaya denganya dan sangat cantik dan bergaya. Sebaik sahaja Parvin pergi dari situ, Damia Zahra hempaskan daun pintu. Dia rasa geram sangat dengan perempuan tersebut. Damia Zahra masuk ke dalam biliknya, menghempas-hempas kakinya ke lantai. Geram sangat. Dia duduk disisi katil, cuba fikirkan apa yang patut dia lakukan. Perasaan cemburunya membuak-buak. Dia tidak akan benarkan Maximo keluar pergi clubbing dengan mereka lagi malam ini atau malam bila-bila pun. Dengan semangat baru, Damia Zahra bangun dan segera ke bilik air. Dia hendak berwuduk dan menunaikan sembahyang asar, kemudian siapkan minuman petang sementara menunggu Maximo balik. Tentu Maximo gembira bila melihat rumahnya sudah kemas dan bersih, pakainnya sudah siap berlipat dan tersusun dalam almara dan minuman petang sudah sedia terhidang untuk dirinya disamping teman yang cantik jelita seperti Damia Zahra. Mana mungkin Maximo dapat layanan sebegini bagus dari sesiapapun. Damia Zahra akan buatkan kesemuanya sehingga Maximo sedar yang tidak ada sesiapa yang akan menyayangi Maximo lebih dari Damia Zahra. Hanya Damia Zahra yang akan sayang Maximo dengan sepenuh hati. Dengan itu Maximo tidak akan melepaskan Damia Zahra pergi. Maximo akan temui sesiapa lagi yang dapat tandingi cinta Damia Zahra, kerana Damia Zahra sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Maximo sebagai temannya dan buat apa sahaja supaya Maximo akan sentiasa di sisinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)