Cinta Untuk Maximo Bab 9
Damia Zahra mengendap melalui pintu biliknya. “Tidak ada orang, yeah...” Katanya sendiri sambil tersengeh. Dia buka pintu biliknya dengan lebih besar lagi lalu memboloskan dirinya untuk keluar dari biliknya, terjengket-jengket berjalan menuju ke pintu depan.
Sebenarnya petang semalam Damia Zahra tertidur kepenatan. Bila dia terjaga, jam sudah tunjuk pukul 2.15 pagi. “Alamak!” Damia Zahra sepatutnya keluar dari situ pada lewat petang atau awal malam tadi. Sekarang sudah terlalu lewat untuk Damia ke rumah kawannya dengan teksi. Bahaya untuk gadis seperti Damia Zahra untuk menaiki teksi waktu begini. Damia Zahra curi-curi keluar ke bilik air untuk mandi, bersihkan dirinya dan berwuduk, kemudian cepat-cepat kembali ke bilik tidurnya semula. Damia Zahra tidak tahu sama ada Maximo ada dalam rumah atau tidak. Keadaan rumah sunyi sepi. Hanya lampu di luar bilik tidur yang terpasang. Lampu tamu kelihatan gelap. Maximo sudah balik dari bertemu dengan kawan-kawannya atau belum? Tetapi yang penting Maximo tidak tahu Damia Zahra juga ada dalam apartmentnya. Damia kemudiannya sambung tidur kembali.
Sebelum tertidur semula, Damia sudah buat rancangan, Bila menjelang pagi nanti dia akan keluar dari apartment itu dan tunggu di bawah sehingga pukul 8.30 pagi, baru dia datang semula. Dengan itu Maximo tidak akan tahu yang dia sebenarnya tidak pergi ke rumah kawannya itu langsung. Kalau Maximo tahu mesti Maximo marah dengan Damia Zahra.
Pada pukul 7.30 pagi, Damia turun ke bawah dan pergi membeli makanan untuk sarapan buat mereka berdua. Kemudian dia tunggu sehinggga hampir jam 8.15, dia balik semula ke apartment Maximo.
“Pandai-pandailah aku berlakon...” Kata Damia Zahra sendirian. Bila tiba di depan apartment Maximo, Damia Zahra tekan loceng dan tunggu Maximo buka pintu. Agak lama juga baru Maximo buka pintu apartmentnya.
“Good Morning, Maxi...” Tegur Damia dengan ceria sekali.
“Good Morning...” Jawab Maximo.
“I got breakfast.” Kata Damia Zahra, mengangkat bungkusan plastic yang di jinjingnya. Maximo tidak berkata apa-apa, cuma membenarkan Damia Zahra masuk ke dalam apartmentnya. Dia sudah siap dengan pakaian kerja. Wajahnya Maximo tidak seceria wajah Damia Zahra. Dia geram kerana tidak cukup tidur. Seperti biasa dia terjaga awal pada pagi ini dan kemudian dia tidak dapat tidur. Maximo ingat bila dia balik lewat dan tidur hampir pukul 2.00 pagi, dia tidak akan terjaga awal, tetapi dia tetap terjaga sepuluh minit sebelum azan subuh berkumandang. Maximo rasa berpusing kepalanya kerana tidak cukup tidur, dia paksa dirinya tidur balik selepas selesai azan subuh, hampir pukul 7.00 pagi baru Maximo terlena, dia terjaga balik pada pukul 8.15 pagi. Bergegas dia bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Kepalanya masih rasa berpinar-pinar.
Apa yang berlaku pada dirinya? Semalam dia keluar bersama Houri dan Parvin untuk bergembira. Memang betul sangkaan Maximo, kedua gadis ini lebih liberal dari Nia ATirah. Mereka mengajak Maximo pergi clubbing. Maximo ikut sahaja rentak mereka berdua. Maximo tengok Hourin dan Parvin betul-betul bergembira semalam. Maximo pun cuba hendak berseronok seperti mereka berdua. Mereka menari dengan lincah dan minum sampai mabuk. Pelik juga Maximo lihat kedua perempuan tersebut. Tetapi kalau begini cara kehidupan mereka, memang boleh padan dengan cara hidup Maximo.
Melihat mereka berdua seperti hilang kawalan, Maximo kawal pengambilan alkoholnya pada mala mini kerana salah seorang dari mereka kena berada dalam keadaan stabil. Macamana mereka hendak balik nanti? Walaupun Maximo biasa minum arak tetapi dia sentiasa mengawal dirinya dan tidak akan memandu dalam keadaan mabuk. Itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Tindakan Maximo nyata betul sekali. Houri dan Parvin mabuk teruk, sehingga muntah-muntah sebaik sahaja mereka sampai di perkarangan apartment Sri Maya. Nasib baik mereka masih boleh berjalan sendiri untuk naik ke apartment mereka. Kalau tidak tentu susah Maximo kena papah kedua-dua mereka. Bila Maximo balik dia terus masuk kebiliknya dan tidur. Maximo lupa tentang Damia Zahra dan cuma teringat yang Damia Zahra menumpang barang-barangnya di bilik Maximo apabila Damia Zahra datang pagi ini.
Maximo tidak ada mood untuk layan Damia Zahra pagi-pagi ini. Keceriaan Damia Zahra menjengkelkan Maximo. Kepalanya rasa sakit. Dia tidak dapat enjoy sepuas-puasnya malam tadi. Mungkin sebab dia fikirkan yang dia kena pergi kerja pagi ini. Maximo akan ajak Houri dan Parvin keluar lagi pada hari Jumaat dan hari Sabtu nanti dan dia hendak bersuka ria sepuas-puas hatinya dan hendak mabuk sehingga dia lupakan semua masalah yang dia hadapi.
“Maybe, all this will go away after this. I’ll get myself drunk and forget about everything. After that I won’tbe hearing all this noise anymore.” Maximo menghasut dirinya sendiri. Dia dalam kekeliruan. Dia jadi jadi begini? Mungkin juga sebab dia selalu dengan Nia ATirah dan keluarganya membuatkan dia rasa macam dia pun hendak jadi macam mereka, jadi orang islam. Mungkin sebab itu, dia mengalami gangguan-gangguan begini setiap hari. Maximo hendak cuba hilangkan semua gangguan ini. Dia akan keluar setiap malam dan bersuka ria sehingga dia jadi normal kembali. Dia mengalami perkara yang pelik sejak dia menjejakkan kaki ke sini.
Lagi buat dia pelik, bila dia tanya Houri dan Parvin, sama ada mereka di ganggu dengan bunyi orang membaca alquran dan bunyi azan setiap pagi, jawapannya ialah tidak. Mereka berdua tidak pernah dengar azan pun sejak mereka berdua pindah di situ setahun yang lalu. “It is the most peaceful and serene place that we ever known. We love staying here.” Kata Houri sambil tersenyum kepada Parvin. Senyumnya di sambut Parvin.
“What time you wake up every morning...” Soal Maximo, geram kerana mereka tidak adalah masalah gangguan bunyi seperti dirinya. Mungkin mereka berdua macam Nia Atirah dan Damia Atirah yang bangun pukul awal setiap hari untuk sembahyang subuh.
“Oh...around 8.00 every morning.” Jawab Parvin lagi.
“8.00 am ....You two must have a really restful night.”
“Of Course.” Jawab mereka berdua serentak sambil tersenyum. “Everyone need 6 to 8 hours of sleep everyday.”
Melihat keceriaan mereka, Mazimo rasa iri hati. Semua orang gembira berada di sini. Maximo hairan kenapa dia yang bernasib malang, semenjak dia datang ke Malaysia, tidurnya terganggu. Sekarang ada perkara lain yang menggangu ketenteraman Maximo. Pinggan Mangkuk berbunyi-bunyi dari dapur. Agaknya Damia Zahra jarang buat kerja rumah.
Dia sedang sibuk di dapur, menyediakan minuman pagi. Dia mencari cawan dan piring untuk digunakan bersarapan pagi ini. Setelah mendapati semuanya dia bawa ke meja dmakan lalu dihidang semuanya di meja makan. Setelah semuanya siap, dia panggil Maximo untuk bersarapan bersama-sama.
“Maxi… let have breakfast.” Laung Damia Zahra. Seronok betul pagi-pagi ini dia dapat bersarapan berdua dengan pujaan hatinya. Terasa-rasa macam dia seorang isteri yang menyediakan makanan untuk suaminya yang tercinta. Alangkah bahagianya jika beginilah kehidupan mereka sehari-harian. Damia Zahra sediakan semua sarapan, mereka makan bersama-sama, kemudian Maximo akan pergi kerja. Damia Zahra duduk di rumah, mengemas rumah dan masak untuk tenghari. Nanti tengahari Maximo balik makan tengahari. Bila petang nanti Maximo balik kerja, Damia Zahra sudah siapkan minuman petang dan kuih-muih. Malam nanti kalau Damia Zahra tidak masak, mereka berdua keluar makan bersama-sama. Malam nanti baru balik dan tidur bersama.
“Oooohhh..”Damia memeluk dirinya sendiri. Syahdu terasa. Dunia ini bagaikan milik mereka berdua. Hanya dia dan Maximo berbulan madu di awangan.
Sebentar kemudian terdengar Maximo berjalan ke ruang makan dari biliknya. Damia hentikan angan-angan indahnya itu, terus tarik kerusi dan duduk di kerusi. Dia tersenyum memandang Maximo yang kelihatan kacak dan tampan sekali pagi ini dengan pakaian pejabat. Maximo memakai baju kemeja putih bersih dan berseluar hitam. Butang atas kemeja belum di kenakan, Maximo belum sempat memakai tali lehernya lagi. Dia sedang memegang tali leher tersebut di tangannya lalu disangkutkan di belakang kerusi. Maximo tidak balas senyuman Damia Zahra, menarik kerusi dan duduk untuk makan.
“You don’t have to do this. I don’t eat much during breakfast.” Tegur Maximo. Damia sedang menuangkan air oren ke dalam gelas Maximo.
“Oh.... that is not good. We have to eat especially for breakfast, eat like a king.” Damia Zahra kemudiannya menuangkan air oren ke dalam gelasnya.
Maximo menjeling ke arah Damia Zahra, tidak ada masa hendak layan karenah Damia Zahra. ENtah apa yang Damia Zahra seronok sangat pagi-pagi ini. Maximo rasa tidak sihat. Kepalanya sakit. Moodnya juga tidak baik. Keceriaan Damia Zahra pagi-pagi ini tidak meringankan rasa sakit kepalanya dan juga tidak meringakan rasa berat di hati Maximo. Tetapi dia cuba kawal dirinya dan bercakap baik-baik dengan Damia Zahra.
“What’s for breakfast.”
“Nasi lemak.” Jawab Damia Zahra. “I know you like nasi lemak. You love to eat nasi lemak in at Grandma’s house.”
Satu lagi cubaan Damia Zahra untuk memelayukan Maximo agaknya. Kata Maximo dalam hatinya. Walaupun dia makan nasi lemak semasa di rumah Puan Zainon, bukan bermakna dia suka sangat makan itu. Nampaknya Damia Zahra mencuba dengan begitu bersungguh-sunguh untuk pikat hati Maximo. Maximo hanya tersenyum sinis. Budak kecil ini mesti akan kecewa nanti. Semua usaha Damia Zahra hanya sebagai satu permainan kanak-kanak kecil yang terlampau di manjakan. “Rich spoiled kid!” Itu tanggapan Maximo pada Damia Zahra. Memang Damia Zahra cantik dan jelita orangnya tetapi Maximo sedikit pun tidak tertawan dengan kecantikan Damia Zahra. Pada Maximo, Damia Zahra hanya seseorang yang ada pertalian persaudaraan dengan Nia Atirah dan dia mesti hormat dengan Nia Atirah. Sebab itu dia layan juga karenah Damia Zahra. Kalau ikutkan hatinya dia mahu Damia Zahra keluar dari rumahnya itu sekarang juga. Dia tidak akan pernah terpikat dengan orang yang terlalu muda seperti Damia Zahra. Maximo mahukan orang yang lebih matang untuk dirinya seperti Nia Atirah atau Houri dan Parvin. Tidak pun, Monica pun jadilah, sudah lama menanti Maximo. Dia tidak mahu nanti orang kata dia ambil kesempatan atas kanak-kanak yang masih dalam buaian.
“Maxi.. are you coming back for lunch?” Soal Damia Zahra, tidak tahu apa yang sedang bermaind I kepala Maximo.
“No… Why?” Soal Maximo, sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Sedap pulak nasi lemak yang Damia belikan pagi ini.
“If you are coming back. I can cook something for both of us.”
“Oh no.” Jawab Maximo dengan segera. Nampaknya Damia Zahra hendak terus main masak-masak dalam rumahnya ini.
“Oh...Okay...” Kata Damia, nasib baik Maximo tidak balik tengahari. Tak payahlah Damia masak tengahari ini. Boleh Damia Zahra tidur dan relaks sepanjang hari. Petang nanti baru Damia Zahra turun bawah, carikan kuih untuk mereka minum petang. “How about tonight. When you come back, we go out for dinner okay?”
Maximo mendiamkan dirinya. Rimas dengan Damia Zahra. “I thought you’ve promised, you not be here at night.”
“Yes I know, we are not going to be here. We go out for dinner, after dinner I will go to my friends’s place.”
“I don’t want to go out for dinner. I am tired. I want by the time I come back from work, you are not here. Understand!” Maximo bertegas dengan Damia Zahra. Dia tidak ada masa untuk melayan Damai Zahra. Maximo segera habiskan makanannya, kemudian dia bangun dari situ dan terus hendak keluar dari situ. Maximo segera ke ruang tamu, capai begnya untuk ke pejabat.
“Maxi...” Tegur Damia Zahra, dari belakang.
“What now?” Getus Maximo. Langkahnya terhenti di hadapan pintu depan.
“Maxi.... “ Damia memanggil nama Maximo dengan manja sekali.
“I told you not to call me Maxi...” Kata Maximo dengan kasar, menegur Damia Zahra, tidak suka Damia Zahra ingat dia ada hak untuk panggil dia Maxi seperti Nia Atirah.
“Oh... Why...” Soal Damia Zahra.
“I don’t like...” Jawab Maximo
“Anyway... you forgot this...” Damia Zahra menunjukkan tali leher yang Maximo tinggal di belakang kerusi makan.
Maximo mengambil talileher tersebut dari tangan Damia Zahra dengan kasar. Dia cuba hendak mengikat tali leher tetapi ikatannya tidak kemas kerana dia tengah sakit kepala dan tengah bengang.
Damia Zahra terseneyum melihat Maximo yang sedang terkial-kial mengikat tali leher. Dengan berani dia menghampiri Maximo, kemudian dia tolak tangan Maximo dan dengan cekap dia ikatkan talileher untuk Maximo. Memang Damia Zahra cekap ikat talileher, sepanjang dia bersekolah di Tingkatan empat dan Lima, Damia Zahra menjadi Pengawas Perpustakaan. Setiap hari dia kena memakai talileher.
Oleh kerana, pagi ini Maximo memang rasa tidak begitu sihat, dia biarkan sahaja Damia Zahra ikatkan talileharnya. Maximo tepat memandang wajah Damia Zahra, Bulu matanya yang nampak begitu lebat dan panjang, menghiasi sepasang mata yang sangat cantik, dan dari mata itu terpancar sinar kasih. Entah macamana Maximo tahu sinar kasih itu hanya untuk dirinya sahaja. Tetapi Maximo buat tidak perduli yang apa yang dia baca dari sinar mata Damia Zahra. Setelah selesai Damia Zahra ikat tali lehernya, tanpa berkata apa-apa Maximo terus buka pintu depan untuk keluar dari apartment itu. Maximo tidak mahu lama-lama lagi berada di situ. Dia tidak seharusnya melayan karenah gadis mentah seperti Damia Zahra. Kalau dia baik-baik dengan Damia Zahra, nanti Damia Zahra mula menaruh harapan yang lebih tinggi. Maximo tidak mahu terjebak dengan gadis muda seperti Damia Zahra. Lagipun dia tidak mahu lambat sampai ke pejabat.
“Maxi...” Damia Zahra memanggil Maximo dengan lembut.
“What else?” Kata Maximo lagi. Sudah hilang sabar dengan Damia Zahra.
“Where is the key of the front door. I might go down to buy some food for lunch. I need the key.” Jawab Damia Zahra, wajahnya begitu telus macam bukan orang yang tidak ada dosa dan salah.
Maximo mengeluh, tetapi tidak berkata apa-apa, dia seluk poket seluarnya dan memberikan kunci untuk pintu apartment kepada Damia Zahra. Tanpa menunggu Damia Zahra cakap apa-apa lagi, Maximo terus pergi dari situ. Dia memang akan kelewatan jika dia duduk lagi melayan Damia Zahra.
Damia Zahra memandang sahaja Maximo pergi, kemudian dia tersenyum. Damia Zahra tidak perduli, walaupun Maximo marah dengan dia. “Tengoklah.... marah itu adalah permainan emosi. Lebih baik marah dari buat tak tahu. Maximo tidak tahu, dia di ambang bahaya bila dia marah-marah begitu. Dengan marahnya itu, tidak lama akan timbul rasa kasih. Damia Zahra yakin, Maximo akan jatuh cinta dengannya. Kalau tidak pun, Maximo memang sudah mencintainya. Lagipun tidak ada sesiapa yang tidak jatuh hati dengan Damia Zahra. Maximo juga tidak terkecuali. Sekarang Maximo cuma cuba hendak kawal dirinya dari jatuh cinta dengan Damia Zahra, sebab itu dia marah-marah sekarang ini. DAmia Zahra beritahu dirinya sendiri. Dia memang mempunyai keyakinan yang tinggi tentang daya penarik yang dia ada.
Damia Zahra tersenyum sendirian bila teringatkan apa yang ada ditangannya, kunci apartment Maximo. Kalau tak salah Damia Zahra, ada kunci membuat pendua kunci di deretan kedai... Dataran Jelatek.. "Pandainya aku..." kata Damia Zahra.... lepas ini dia boleh masuk keluar dari apartment Maximo bila-bila masa pun. Malahan. kunci bilik Maximo pun ada sekali dengan kunci pintu apartment. Damia Zahra segera pergi ke bilik Maximo dan membukanya menggunakan kunci. Dia mesti tengok keadaan bilik Maximo. Dia tahu kalau Maximo tahu apa yang dia telah lakukan, Maximo mesti marah. Tetapi Damia tetap teruskan apa yang dia hendak lakukan. Pada Damia Zahra, dia kena tahu kenali bakal suaminya itu dengan mengetahui macamana keadaan biliknya.
Nampaknya Maximo kemas orangnya. Katilnya juga dikemaskan sebelum dia keluar. Damia Zahra tersenyum, walaupun Maximo nampak tidak berapa sihat, sempat juga dia kemaskan katilnya. Damia Zahra memandang sekeliling bilik tidur, mencari-cari apa yang dia boleh tolong kemaskan. Hanya satu saja yang tidak kena. Maximo tinggalkan tuala mandinya selonggok di atas kerusi. Damia Zahra segera ambil tuala mandi tersebut dan di sangkutkan di rak tuala dengan kemas.
Selain itu nampaknya tidak ada apa-apa yang perlu Damia Zahra lakukan. Karpet lantai juga dalam keadaan bersih. Bilik juga cukup pengudaraannya sebab tingkap bilik Maximo di buka. Bau minyak wangi Acqua Di Gio - Giorgio Armani yang Maximo pakai masih dapat terbau-bau lagi keharumannya. Damia Zahra menyedut bau yang harum itu dalam-dalam. Terasa rindu pada tuan empunya diri, padahal baru setengah jam Maximo pergi dari situ.
“Mesti Maximo ni budak baik, mummy’s little boy.” Kata Damia Zahra sendirian. Dapat dia bayangkan bagaimana comelnya Maximo ketika kecil, sudah dilatih supaya sentiasa kemas.
Dia sebelah almari ada bakul yang berisi platik dengan pakaian kotor Maximo. Mungkin untuk di hantar dobi. Damia Zahra akan tolong hantarkan pakaian tersebut bila dia turun makan tengahari nanti. Mesti Maximo suka bila dia balik semua pakaiannya sudah bersih dan siap di lipat. Disamping itu rumah sudah dikemaskan dan minuman petang sudah tersedia. Damia Zahra hendak Maximo rasa bagaimana seronoknya mempunyai isteri yang akan menjaga makan minumnya dan pakaiannya. Selepas ini Maximo mesti tidak akan lepaskan Damia Zahra pergi dari situ.
Damia melihat jam di tangannya, baru pukul 9.00 pagi. Walaupun banyak perkara yang Damia Zahra perlu lakukan, menyapu sampah, membasuh pinggan mangkuk yang mereka gunakan semasa sarapan, mengemas biliknya sendiri, kemudian dia hendak turun ke bawah untuk beli makanan, buat kunci pendua dan hantar dobi tetapi dia punyai banyak masa lagi. Baik Damia Zahra sambung balik tidurnya dulu. “Penat juga jadi suri rumah tangga ni...” Damia Zahra mengomel sendiri. Dia kembali ke bilik tidurnya, buka tudung kepalanya dan terus campakkan dirinya atas katil lalu dia pejamkan matanya untuk sambung tidurnya. Nanti bila dekat-dekat waktu Maximo hendak pulang baru Damia Zahra akan jalankan kerjanya.
********************************8
“ Hello...Is Maximo back already?” Seorang wanita berambut perang terus menegur Damia Zahra sebaik sahaja Damia Zahra membuka bilik depan. Sebelum ini Damia Zahra sedang bertungkus lumus mengemas apartment Maximo. Setelah selesai mengemas, Damia Zahra hendak menunaikan sembahyang asar tetapi belum sempat berbuat demikian kerana loceng pintu depan berbunyi.
“No... Not yet.” Jawab Damia Zahra, kehairanan melihat ada perempuan asing yang datang mencari Maximo.
“Oh it’ okay. Can you convey a message to him.” Kata perempuan itu. Damia Zahra memandang dengan penuh pertanyaan kea rah perempuan tersebut, yang berpakaian blouse tanpa lengan dan mini skirt itu. Wajahnya cantik dan susuk tubuhnya menawan sekali. Wanita itu berkulit putih dan mempunyai sepasang mata yang berwarna kelabu. Seksi betul penampilan perempuan tersebut.
“Sure.” Jawab Damia Zahra.
“Tell him, tonight we will go out quite late, around 10.00 pm. If he want to join us, ask him to come at our apartment.”
“Where is your apartment.?”
“Same floor but the other wing, 20-C-16a.”
“Okay.. and you are?”
“Oh sorry dear... Parvin. You must be his little sister.” Jawab Parvin. “ I didn’t know Maximo has his little sister here with him You are so pretty, so cute.” Kata Parvin sambil menyentuh pipi dan memegang rambut Damia Zahra. “So soft.” Kata Parvin lagi, memandang wajah Damia Zahra dengan penuh minat. Agaknya ingin tahu lebih lanjut tentang adik perempuan Maximo.
Geram rasa hati Damia Zahra. Parvin ingat dia budak kecil. “Tell Maximo, if he is one minute late, we will go without him. We are going to try out a new club in Bukit Bintang. We had a hell of a time last night. What a pity... If you are old enough, you can follow us clubbing tonight.”
Damia Zahra tidak terkata apa-apa. Rupa-rupanya semalam Maximo pergi clubbing dengan perempuan ini. Perasaan cemburu menyelinapi hati Damia Zahra. Ini rupanya kawan Maximo. Damia Zahra ingat Maximo bertemu dengan kawan-kawannya dari Pusat Penyelidikan, Tenaga-tenaga pengajar dari Italy yang kebanyakannya lelaki. Tetapi rupa-rupanya dia keluar bersuka-ria dengan perempuan lain. Adakah ini cita rasa Maximo sebenarnya? Perempuan yang sebaya denganya dan sangat cantik dan bergaya. Sebaik sahaja Parvin pergi dari situ, Damia Zahra hempaskan daun pintu. Dia rasa geram sangat dengan perempuan tersebut. Damia Zahra masuk ke dalam biliknya, menghempas-hempas kakinya ke lantai. Geram sangat. Dia duduk disisi katil, cuba fikirkan apa yang patut dia lakukan. Perasaan cemburunya membuak-buak. Dia tidak akan benarkan Maximo keluar pergi clubbing dengan mereka lagi malam ini atau malam bila-bila pun. Dengan semangat baru, Damia Zahra bangun dan segera ke bilik air. Dia hendak berwuduk dan menunaikan sembahyang asar, kemudian siapkan minuman petang sementara menunggu Maximo balik. Tentu Maximo gembira bila melihat rumahnya sudah kemas dan bersih, pakainnya sudah siap berlipat dan tersusun dalam almara dan minuman petang sudah sedia terhidang untuk dirinya disamping teman yang cantik jelita seperti Damia Zahra. Mana mungkin Maximo dapat layanan sebegini bagus dari sesiapapun. Damia Zahra akan buatkan kesemuanya sehingga Maximo sedar yang tidak ada sesiapa yang akan menyayangi Maximo lebih dari Damia Zahra. Hanya Damia Zahra yang akan sayang Maximo dengan sepenuh hati. Dengan itu Maximo tidak akan melepaskan Damia Zahra pergi. Maximo akan temui sesiapa lagi yang dapat tandingi cinta Damia Zahra, kerana Damia Zahra sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Maximo sebagai temannya dan buat apa sahaja supaya Maximo akan sentiasa di sisinya.
0 comments:
Post a Comment